Anak-anak Gaza yang kelaparan. Fail AFP

GAZA — Israel hanya akan membenarkan lima lori sahaja untuk memasuki Gaza bagimembawa bantuan kemanusian termasuk makanan bayi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas 11 minggu sekatan dilaksanakan.

Ketua bantuan kemanusiaan PBB mengalu-alukan langkah tersebut namun menegaskan, ia ibarat ‘setitik air di lautan’ sedangkan lebih 2.1 juta penduduk Palestin sangat-sangat memerlukan bantuan ketika ini.

Menurut Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, keputusan untuk membenarkan jumlah minimum makanan dibawa masuk adalah disebabkan tekanan daripada sekutunya di Senat Amerika Syarikat.

“Kita tidak boleh sampai tahap kebuluran, sama ada dari segi praktikal atau diplomatik,” katanya dalam satu video sebagai maklum balas terhadap kritikan kepada langkah tersebut di Israel.

Menurut PBB, Israel wajib mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi memastikan bekalan makanan dan perubatan diberikan kepada penduduk Gaza.

Bagaimanapun, pegawai-pegawai Israel memberitahu tiada kekurangan bekalan kerana ribuan lori yang penuh muatan telah memasuki Gaza ketika gencatan senjata.

Mereka sebaliknya menuduh Hamas mencuri bekalan berkenaan namun dinafikan kumpulan pejuang tersebut. -AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here