Syed Rosli Jamalullail

KUALA LUMPUR – UMNO Pandan Tengah mengesyorkan kepada pucuk pimpinan parti supaya pemilihan UMNO Tahun 2026 tidak wajar ditangguhkan.

Ketua UMNO Cawangan Pandan Tengah merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, usul itu dipersetujui dalam mesyuarat parti baru-baru ini.

“Kami berpendirian proses demokrasi dalam parti mesti dihormati dan dikekalkan. Menangguhkan pemilihan adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah ahli-ahli akar umbi yang mahukan kepimpinan yang sah, berwibawa dan dipilih secara terbuka.

“Penangguhan hanya akan melemahkan kepercayaan ahli terhadap kepimpinan parti,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Syed Rosli, dalam usul kedua, pihaknya mahu jawatan presiden dan timbalan presiden wajib dipertandingkan.

“Tiada individu harus dikecualikan daripada proses demokrasi. Kepimpinan parti mesti bersedia untuk dinilai dan dipilih semula oleh ahli,” ujarnya.

Menurutnya, hanya dengan pertandingan yang terbuka dan adil, keyakinan terhadap institusi kepimpinan dapat dipulihkan.

“UMNO bukan milik individu tetapi milik seluruh ahli yang berdaftar.

Menurut beliau, UMNO Pandan Tengah berdiri teguh atas prinsip perjuangan dan integriti dan menolak sebarang bentuk autokrasi dalam parti dan menyeru pucuk pimpinan untuk menghormati suara akar umbi demi kelangsungan dan kekuatan parti dalam menghadapi cabaran mendatang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here