Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Kampung Cheras Baru di sini, semalam telah dijumpai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan, mangsa yang berusia 10 tahun itu ditemui kira-kira enam kilometer dari tempat dia terjatuh iaitu lokasi kedua operasi pencarian.

Katanya, pasukan mencari menemui mangsa di sungai berhampiran Taman Maju Jaya, Cheras Indah.

“Kerja-kerja membawa naik mangsa telah berjaya dan seterusnya diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut jurucakap itu, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bermula pukul 10 pagi tadi dengan operasi pertama di lalulan aliran longkang Jalan Kuari.

Bagaimanapun pencarian di kawasan tersebut gagal menemui mangsa dan seterusnya pada pukul 11.20 pagi operasi diteruskan ke lokasi kedua.

Semalam, media melaporkan kanak-kanak terbabit dilaporkan terjatuh dalam longkang sebelum dihanyutkan air di hadapan dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kampung Cheras Baru, di sini.

Kejadian mencemaskan itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.07 petang.

Pada awalnya, mangsa dipercayai terjatuh bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu sempat berpaut pada paip dalam longkang sebelum diselamatkan orang awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here