Amatulrahman Radman Qaid Ahmed Abdulrahman merupakan pelarian Yemen di Malaysia sejak 2017.

AMPANG  – Pada usia baru 13 tahun ketika itu, anak gadis yang masih lagi kecil bernama Amatulrahman Radman Qaid Ahmed Abdulrahman belum mengenal apa itu erti peperangan di negaranya iaitu Yemen.

Namun pergolakan yang berlaku itu memaksanya akur dengan keputusan bapa bersama ibu dan ibu tirinya meninggalkan negara kelahirannya bersama tujuh adik lain.

Sebagai anak sulung, bandar Taiz di Yemen menjadi lipatan sejarah buatnya sebaik pertama kali kaki menjejak Malaysia untuk meneruskan kelangsungan hidup di negara orang sebagai pelarian.

Sampai di Malaysia, Amatulrahman meneruskan pengajian di Pusat Pendidikan Alternatif Jasmine Ash Sham (Jasmine Ash Sham) dengan berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.

Lapan tahun berlalu, Amatulrahman kini sudah berusia 21 tahun dan dia menjadi guru pra sekolah di Jasmine Ash Sham itu untuk membantu kanak-kanak-kanak pelarian yang menerima nasib sama sepertinya dahulu.

Wanbita itu jujur mengakui mahu tinggal di Malaysia untuk tempoh yang panjang lagi dan tidak salah baginya untuk menetap di sini buat selama-lamanya.

Bukan sekadar jatuh cinta, Malaysia kini sudah dianggap rumah keduanya. Apatah lagi dua adiknya lahir di sini dan tentu Malaysia istimewa di hatinya.

“Rakyat Malaysia terlalu baik buat pelarian seperti kami dan sanggup menerima seadanya. Sikap suka tolong-menolong kepada kami dan terima kasih di atas kebaikan yang diberikan selama ini,” katanya ketika ditemui di MalaysiaGazette di sini hari ini.

Gelagat tenaga pengajar bersama anak-anak pelarian Syria dan Palestin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekolah Jasmine Ash Sham di Kemensah Heights, Ampang, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 MEI 2025.Namun Amatulrahman berkongsi rasa sedih kerana Jasmine Ash Sham ketika ini menghitung hari untuk ditutup operasinya gara-gara berdepan masalah kewangan selepas kekurangan dana.

Ia kerana sumbangan daripada sebuah pertubuhan kerajaan (NGO) selama ini terpaksa dihentikan atas faktor kewangan.

“Terima kasih kepada semua yang menyumbang selama ini kepada pusat ini dan setiap amat bernilai untuk kami mencari ilmu.

“Saya terhutang budi dengan Jasmine Ash Sham kerana tanpa pendidikan di sini saya mungkin tidak habis belajar dan tidak bergelar di sini hari hari ini.

“Pusat ini perlu diteruskan operasinya kerana ia bukti kami berjuang untuk terus hidup sebagai pelarian di negara orang,” katanya.

Sehingga kini, Jasmine Ash Sham memiliki 133 pelajar bermula usia tiga hingga 20 tahun di kalangan kanak-kanak pelarian (UNHCR) dan 18 guru melibat enam rakyat tempatan dan bakinya dari luar negara berstatus pelarian yang beroperasi di rumah dua tingkat terletak di Kemensah Heights di sini.

Pusat pendidika itu menaruh harapan tinggi untuk meneruskan pusat itu walaupun berdepan kos operasi bulanan tinggi mencecah RM60,000.

Ini kerana yuran sebanyak RM127.50 yang dikenakan kepada pelajar masih tidak menampung kos operasi yang meliputi kos gaji guru dan sewa premis sebanyak RM4,200 sebulan. – MalaysiaGazette

 

Tenaga pengajar bergambar bersama anak-anak pelarian Syria dan Palestin ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekolah Jasmine Ash Sham di Kemensah Heights, Ampang, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 MEI 2025.

ARTIKEL BERKAITAN:

Jasmine Ash Sham bakal ditutup, apa nasib 133 kanak-kanak pelarian?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here