Mayat seorang nelayan yang hilang di laut sejak tiga hari lalu akhirnya berjaya ditemui terapung pada jarak 4.6 batu nautika dari perairan Hydro Kapar. Foto Maritim Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kehilangan seorang nelayan di laut sejak tiga hari lalu akhirnya berjaya ditemui selepas mayat mangsa ditemui pada jarak 4.6 batu nautika dari perairan Hydro Kapar dekat sini hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kapten Maritim, Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, mayat mangsa dalam keadaan terapung sekitar pukul 8.35 pagi.

“Mayat mangsa ditemui oleh sekumpulan nelayan yang turut membantu dalam operasi pencarian dan menyelamat (CARILAMAT) yang dilancarkan sejak Sabtu lalu.

“Mayat itu kemudian dibawa ke ke Jeti Nelayan Sementa sekitar pukul 10.05 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abdul Muhaimin, dua lagi rakan mangsa yang terselamat dalam insiden sebelum ini telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Selangor dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan akibat kecederaan dan keletihan yang dialami pada Ahad lalu.

“Sehubungan itu semua pihak terutama komuniti nelayan yang terlubat dalam aktiviti laut diminta sentiasa mengutamakan aspek keselamatan termasuk pemakaian jaket keselamata di atas bot,” ujarnya.

Pada 17 Mei lalu, seorang nelayan dilaporkan hilang selepas bot fiber dinaikinya bersama dua rakan lain dilanggar sebuah bot pukat di perairan Klang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here