BANGKOK – Seorang pekerja terjatuh ke dalam lubang sedalam 19 meter di tapak pembinaan landasan kereta api Laluan Jingga berhampiran Soi Lan Luang 6 di Bangkok.
Menurut Yayasan Ruamkatanyu, kejadian itu berlaku sekitar tengah hari, Isnin lalu.
Seorang saksi yang dikenali sebagai Chart, 41 tahun, berkata kira-kira lapan orang sedang bekerja di kawasan kejadian.
Katanya, mangsa yang dilaporkan berasal dari Si Sa Ket, sedang mengetatkan skru pada sebuah mesin berhampiran lubang yang telah digali.
Namun tiba-tiba tanah berpasir tempat mangsa berdiri, runtuh ke dalam lubang menyebabkan lelaki tersebut turut terjatuh.
Menurut laporan, lubang berkenaan dianggarkan sedalam 19 meter dan semakin dipenuhi air.
Pasukan penyelamat dengan bantuan sukarelawan terpaksa menggunakan jengkaut untuk sampai kepada mangsa, serta pam untuk mengeluarkan air.
Bagaimanapun menurut seorang penyelamat yang telah turun ke dalam lubang dengan tali memberitahu, dia tidak menjumpai apa-apa pada kedalaman 19 meter.
Katanya, mangsa mungkin tertimbus lebih dalam.
Sebuah ambulans turut bersiap siaga di lokasi kejadian sementara keluarga mangsa juga telah tiba di sana.
Mereka menunggu dengan penuh harapan agar berlaku satu “keajaiban”.
Kejadian berlaku di tapak penggalian untuk stesen kereta api Lan Luang, sebahagian daripada Laluan Jingga yang menghubungkan Bang Khun Non dan Pusat Kebudayaan Thailand, menurut Pihak Berkuasa Transit Pantas Massa Thailand. -AGENSI
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
Kongsi:
- Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
- Click to share on X (Opens in new window) X
- Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
- Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window) LinkedIn
- Click to share on Threads (Opens in new window) Threads