‘Mak guard’ ditahan melakukan pemerasan terhadap orang awam yang meletakkan kenderaan di sebuah hospital kerajaan pada 23 Disember lalu. - Foto tular

KUALA LUMPUR –  Seorang pengawal keselamatan wanita ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap orang awam yang meletakkan kenderaan di sebuah hospital kerajaan pada 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah mengesan video berdurasi 55 saat semalam yang memaparkan kejadian itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok.

“Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar 4 petang menunjukkan seorang wanita telah minta suspek untuk mengembalikan wang RM50 milik ibunya dipercayai berpunca daripada masalah parkir di hospital  itu.

“Video itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dan komen masyarakat terhadap sikap suspek sebagai pengawal keselamatan didakwa cuba mengambil kesempatan kepada pengunjung hospital.

“Suspek didakwa memeras wang tunai kepada mereka yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, dan mengeluarkan kata-kata ugutan yang tidak sopan semasa kejadian” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Naazron, susulan itu mangsa yang berusia 31 tahun telah membuat laporan polis dan menahan suspek berusia 28 tahun pada hari yang sama.

“Berikutan itu, suspek direman dua hari sehingga esok (Rabu) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Polis juga menyeru supaya orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini menghubungi mana-mana balai polis berdekatan ataupun Pegawai Penyiasat, Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here