MELAKA - Tertuduh anggota tentera berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas lima pertuduhan termasuk merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar sekolah, dua minggu lalu.

MELAKA – Seorang tentera berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas lima pertuduhan termasuk merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar sekolah, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Zulfikar Ishak, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun 6 bulan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva.

Bapa kepada seorang anak itu turut berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang dan menghisap payudara kanak-kanak sama dan menyuruh mangsa memegang kemaluannya bagi tujuan seksual.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol dan Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTK 2017) bagi perbuatan amang seksual.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan melakukan pengantunan terhadap mangsa dengan cara berkomunikasi melalui telefon untuk mendorong kanak-kanak itu melakukan aktiviti bersifat seksual.

Lelaki itu juga didakwa telah berjumpa dengan mangsa selepas pengantunan dengan cara menjemput dan membawa mangsa keluar daripada asrama Kem Terendak.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 12 AKSTK 2017 dan
penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebat di bawah Seksyen 13 akta sama.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva di kawasan tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Cheng dan sekitar daerah Melaka Tengah, pada kira-kira jam 1 tengah hari 4 Mei lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendawa Raya Wardah Ishhar mencadangkan jaminan RM90,000 bagi kesemua lima pertuduhan selain syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis sekali setiap bulan selain tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga selesai kes.

Peguam Amritpal Singh bagaimanapun memohon jaminan rendah kerana anak guamnya yang merupakan tentera berpangkat sarjan yang telah berkhidmat sejak 10 tahun lalu adalah penanggung tunggal keluarga untuk menyara isteri dan anak.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi kesemua pertuduhan selain membenarkan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan kes akan disebut semula pada 26 Jun ini.

Pada 14 Mei lalu, MalaysiaGazette melaporkan, seorang tentera berpangkat sarjan direman kerana disyaki mencabul pelajar pelajar Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here