Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Seramai 34 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 berjaya mendapat keputusan mumtaz dalam semua mata pelajaran.

Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, keputusan peperiksaan STAM 2024 telah menunjukkan peningkatan Gred Purata Kebangsaan (GPK) adalah 3.00 mata berbanding 3.09 mata pada tahun 2023, mengecil sebanyak 0.09 mata.

GPK bagi calon sekolah KPM pada tahun 2024 pula adalah 2.81 mata berbanding 2.91 mata pada tahun 2023, mengecil sebanyak 0.10 mata.

“Ini menunjukkan pencapaian calon STAM sekolah KPM pada tahun 2024 adalah lebih baik berbanding tahun 2023,” katanya dalam kenyataan di sini.

Seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2024 dan daripada jumlah tersebut, seramai 1,552 (34.4%) calon sekolah KPM,  sekolah menengah agama negeri (1,726; 38.3%), sekolah menengah agama rakyat (296;6.6%),  sekolah menengah swasta (29;0.6%) manakala persendirian (904;20.1%).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here