Keadaan motosikal mangsa selepas melanggar bahagian belakang sebuah jentera berat (backhoe).

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditungganginya melanggar bahagian belakang sebuah jentera berat (backhoe) dalam kemalangan di KM10.5, Jalan Kuala Selangor–Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Bintajudin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 5 petang.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa telah melanggar bahagian belakang jentera berat tersebut.

“Mangsa, lelaki berusia 25 tahun mengalami kecederaan pada kedua-dua tangan dan menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang, manakala pemandu jentera berat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut beliau, punca awal kemalangan dipercayai akibat kegagalan penunggang motosikal mengawal kenderaan.

Kes disiasat di bawah Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-3269 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast