Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu ditemukan selamat di Central Market, di sini, malam tadi.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di media sosial berkata, kedua-dua ditemukan oleh polis Bukit Aman pukul 10.31 malam.

Sementara itu, Pengetua MRSM Alor Gajah, Azaam Yacob melalui satu kemas kini dalam laman sosial Facebook turut mengucapkan kesyukuran susulan penemuan Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, kedua-duanya berusia 16 tahun.

Semalam, media melaporkan kehilangan kedua-dua pelajar Tingkatan Empat itu sejak 10.46 malam, 11 Ogos, selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang guru sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, dilaporkan mengesahkan penerimaan laporan kehilangan tersebut dan siasatan segera telah digerakkan bagi mengesan kedua-dua pelajar berkenaan.

Pihak berkuasa bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca dan situasi yang membawa kepada kehilangan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here