admin
Bazar raya atas talian meriah lain macam!
Menurut laporan Google, 72% pembeli percaya Ramadan adalah masa terbaik untuk mendapatkan tawaran hebat.
Kolej Komuniti Selayang gotong-royong sediakan bubur lambuk
Inisiatif ini bukan sekadar amalan bersedekah tetapi juga mendidik pelajar tentang kepentingan nilai gotong-royong, kesyukuran dan kasih sayang dalam komuniti.
Program Eratkan Kasih, Santuni Insan UMT santuni gelandangan
Melalui program seperti ini, mahasiswa akan dapat memahami realiti kehidupan golongan kurang bernasib baik serta berpeluang untuk menghayati nilai-nilai
kemanusiaan yang penting dalam pembentukan sahsiah diri.
Fakulti Pertanian UPM cipta pelembap bibir madu kelulut
Menurut Pegawai Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM, Saiful Anuar A. Rahman, idea untuk menghasilkan pelembap bibir ini tercetus selepas kejayaan mereka menghasilkan sabun berasaskan madu kelulut.
Lentera Ramadan semarakkan nilai keinsafan di UMT
Program itu bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan serta mengajak peserta mendalami nilai keinsafan dan ketakwaan. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain yang menekankan kepentingan Ramadan sebagai bulan penyucian jiwa dan peluang memperkukuh hubungan dengan Allah serta sesama insan.
UM dan Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Selain eksplorasi akademik, lawatan ini turut memperkenalkan pelajar kepada ekosistem industri China dengan melawat beberapa syarikat teknologi terkemuka, termasuk Oriental Yuhong dan BOE Technology, bagi memahami budaya korporat dan inovasi teknologi yang sedang berkembang pesat di negara tersebut.
Kolaborasi siswa UMS–UKM memangkin perubahan masyarakat Tawau
Program yang digerakkan oleh siswa Kolej Dato’ Onn UKM dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha UMS itu menyaksikan sejumlah 12 panel suria dipasang di tiga tempat, iaitu di Surau, Gereja dan Balai Raya Kampung Serodung Laut, selain 40 lampu jalan solar di sekitar kampung tersebut.
Dr Zahriladha dilantik Timbalan Naib Canselor UTeM
Zahriladha merupakan pakar dalam bidang kejuruteraan gelombang mikro dan komunikasi tanpa wayar yang mana dalam dunia akademik dan penyelidikan, beliau telah menerbitkan lebih daripada 400 makalah saintifik serta memperoleh lebih 25 geran penyelidikan bernilai sekitar RM 2 juta.
2 subjek UMS disenarai terbaik QS World University
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, subjek kejuruteraan petroleum berada di kedudukan antara 101-150 terbaik dunia, satu peningkatan
berbanding di kedudukan 151-160 pada tahun 2023.
UTHM-SWM Environment giat laksana kempen elak bazir makanan bulan Ramadan
Menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), sisa makanan yang dibuang pada bulan Ramadan melonjak naik sekitar 15 hingga 20% setiap tahun berbanding bulan-bulan biasa.

















