Sunday, September 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1308 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

PM Rasmi Permulaan Pembinaan Terowong Genting Projek ECRL Pahang

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas membuat gimik perasmian tapak Pengorekan Terowong Genting projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Pahang yang membina sebuah laluan kereta api baru yang akan menghubungkan negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang ketika di Jalan Lama Kuala Lumpur- Bentong, Pahang. Foto, MOHD ADZLAN 23 JUN 2022.

Reaksi Samirah Selepas Bebas Tuduhan Bunuh CEO Cradle Fund

Isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar keluar selepas Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan untuk melepas dan membebaskan bagi kes pembunuhan CEO Cradle Fund di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Foto, MOHD ADZLAN 21 JUN 2022.

Musim Durian ‘Menggila’

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli durian dengan harga yang murah bermula dari 5 ringgit hingga ke 30 ringgit mengikut jenis berikutan musim durian luruh di Johor yang dijangka berpanjangan sehingga akhir bulan Julai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Durian Brother, Jalan Kebun Tambahan, Klang. Foto, MOHD ADZLAN 20 JUN 2022.

Perdana Menteri Rasmi Minggu TVET Negara 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berswafoto dan beramah mesra bersama peserta selepas merasmikan Minggu TVET Negara 2022 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto, MOHD ADZLAN 20 JUN 2022.

KPDNHEP Pantau Harga Makanan di Restoran Pusat Beli Belah

Pengarah KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berbincang kepada pelanggan yang hadir mengenai harga makanan ketika membuat tinjauan khas pemeriksaan harga premis kedai makan di Sogo, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 JUN 2022.

Dr Noor Azmi Ghazali Hadir Persidangan Kebangsaan Pembantu Perubatan 2022

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melawat tapak pameran selepas hadir ke Perasmian Persidangan Kebangsaan Pembantu Perubatan 2022 anjuran Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia di The Everly, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 13 JUN 2022.

Reaksi Wan Junaidi Tuanku Jaafar Selepas Sidang Media Khas

Reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas sidang media khas mengenai pindaan pemansuhan hukuman mati mandatori di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 13 JUN 2022.

Aksi Perlawanan Malaysia Tewas Kepada Bahrain 1 – 2 #PialaAsia2023

Reaksi kecewa pemain Harimau Malaya selepas tewas 1 - 2 kepada pasukan Bahrain dalam perlawanan Malaysia menentang Bahrain pada kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 11 JUN 2022.

Himpunan Aman ‘Jangan Hina Nabi Kami’ di Hadapan Kedutaan India

Umat Islam berhimpun beramai-ramai membantah kerajaan India dan dua pemimpin parti BJP yang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah menerusi debat minggu lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Kedutaan India, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2022.

Imigresen Berjaya Tumpaskan Kegiatan Sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menunjukkan pasport yang dirampas selepas berjaya menumpaskan kegiatan sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) yang berselindung disebalik agensi pekerjaan haram yang didalangi oleh seorang lelaki warganegara Bangladesh ketika di Jabatan Imigresen Malaysia, Kompleks Kerajaan Parcel D, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2022.