Aiman Hafiz
174 Korban Jeju Air Dikenal Pasti #MGFlash
174 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air telah berjaya dikenal pasti.
Dua Maut Dalam Nahas Di Pan Borneo #MGFlash
Seorang wanita warga emas antara dua yang maut dalam nahas kemalangan selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Jalan Pan-Borneo Bukit Song, Miri pada jam 7.28 malam tadi.
Pengurus Kedai Berputih Mata Rugi Lebih RM60,000 #MGFlash
Seorang pengurus kedai 'membungkus' kereta kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya sindiket penipuan pelaburan kesihatan dan mandian dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pengambilalihan MASwings Suku Pertama 2025 #MGFlash
Pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings oleh kerajaan Sarawak kini dijangka dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025 berikutan percanggahan dalam penilaian aset.
Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Naik Sedikit #MGFlash
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 52 orang daripada 14 keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 26 orang daripada tujuh keluarga yang dilaporkan semalam.
Buruh Maut Kereta Langgar 4×4 #MGFlash
Seorang buruh maut apabila kereta yang dipandunya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang keluar dari simpang secara mengejut di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dekat Chalok Kedai.
Polis Buru Tiga Lelaki Curi Kabel Di Ipoh #MGFlash
Polis sedang mengesan tiga lelaki yang terbabit kegiatan curi kabel dalam kejadian di kawasan Hala Kledang Emas, Taman Rishah, Ipoh, Perak seperti dipaparkan pada video tular di media sosial, semalam.
Banjir Di Pantai Timur Beransur Surut #MGFlash
Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 476 orang pagi ini.
OKT Meninggal Dunia Di Dalam Lokap #MGFlash
Seorang lelaki yang juga Orang Kena Tahan (OKT) meninggal dunia di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan pada jam 7.40 pagi, semalam.
Fahmi Reza Ditahan Di KK #MGFlash
Fahmi Reza telah ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 selepas aktivis dan pereka grafik itu hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Penampang, di Kota Kinabalu, Sabah.