Saturday, May 28, 2022
Home Penulis Artikel Oleh Noor Asrekuzairey Mat Salim

Noor Asrekuzairey Mat Salim

245 Artikel 0 Komen

Persatuan Veteran ATM Terima Derma Sumbangan

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (tiga kanan) menyerah dan menyampaikan replika cek kepada Presiden Persatuan Veteran ATM, Senator Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Noor (tiga kiri) untuk derma tabung pahlawan Persatuan Veteran ATM di Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 JANUARI 2017

Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad (tengah) menaikkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mengiringi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika hadir pada Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Melawati Shah Alam. foto FAREEZ FADZIL, 14 JANUARI 2016

Mesin Imbas Sumbangan Kad Tanpa Sentuh Pertama – Bank Islam

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani (kiri) mendengar penerangan dari Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat mengenai mesin imbas perkhidmatan sumbangan melalui kad tanpa sentuh yang pertama di Malaysia sambil diiringi Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim (kanan) ketika melawat tapak pameran selepas Perasmian Karnival Kewangan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 JANUARI 2017

PERJALANAN TERAKHIR SENIMAN TAN SRI SM SALIM

Jenazah Allahyarham Tan Sri SM Salim diusung setibanya di Masjid Jamek Kg. Baru bagi tujuan memandikan jenazah dan dikafankan sebelum solat jenazah selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 DISEMBER 2016.

KPDNKK Tinjau Kawalan Harga Perayaan Krismas

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayuddin (tengah) diiringi Timbalan Pengarah Pencegahan dan Perisikan Bahagian Penguatkuasa KPNKK, Othman Nawang (kiri) dan Pengurus Besar Operasi GMS Bahagian Selatan, Mathavan Arjunan (kanan) melihat harga sayur-sayuran ketika membuat tinjauan kawalan harga sempena perayaan Krismas di AEON Cheras Selatan, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 23 DISEMBER 2016