Sunday, January 12, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Bernama

Bernama

26443 Artikel 0 Komen

Jumlah mangsa 6 negeri banjir terus berkurangan, Johor meningkat

Johor mencatatkan sedikit peningkatan kepada 1,034 orang setakat 8 malam ini berbanding 1,029 orang petang tadi.

Kematian Zaharif disebabkan kecederaan dada, abdomen akibat perlanggaran -Forensik

Ringkasan dan kesimpulan yang saya buat hasil daripada pemeriksaan bedah siasat yang dilakukan ke atas si mati adalah menunjukkan kesan kecederaan pada bahagian kepala, muka, dada, abdomen, belakang badan, kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki.

Lebih 200 PPS di Kelantan ditutup

Menurut sumber JKM negeri, mangsa dibenarkan pulang ke rumah atas faktor paras air sungai surut dan kurang hujan.

Ahli Dewan Negara cadang gaji minimum ikut lokaliti

Cuba laksanakan gaji minimum mengikut daerah dan negeri, kerana setiap lokaliti itu mempunyai kos sara hidup berbeza. Jadi, kita cuba selaraskan kerana gaji minimum di Kuala Lumpur (RM1,700) mungkin tidak cukup, tetapi di pedalaman mungkin mencukupi

BAM disiasat SPRM mungkin berkaitan pemilihan – Subaramaniam

Subramaniam mengakui tidak terkejut dengan situasi itu memandang beliau percaya terdapat beberapa sebab di sebaliknya, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.       

Hamidin umum tidak pertahan jawatan, beri peluang individu lain terajui FAM

Hamidin yang menduduki kerusi nombor satu FAM sejak Julai 2018 berkata, tempoh lebih enam tahun yang dilalui sudah memadai.

13% daripada 477,571 peminjam AKPK berjaya selesai hutang RM3.2 bilion

Amir Hamzah berkata sejak penubuhan AKPK pada 2006, agensi berkenaan telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu menerusi Khidmat Nasihat Kawalselia Kewangan (KNKK) secara percuma.

Ringgit dijangka mengukuh pada RM4.30 akhir tahun ini – MIDF Amanah

Menurut MIDF IB dalam satu laporan, unjuran ini didorong terutamanya oleh jangkaan pelonggaran dasar seterusnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan pengurangan perbezaan kadar faedah yang akan memberi kelebihan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

Pahang kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lalu

Sebab itu, dalam masa empat bulan ini, kita (terpaksa) naikkan (harga) santan pekat RM16 kerana untuk (dapatkan) satu kotak santan pekat, mungkin memerlukan empat biji kelapa dan kosnya sudah RM14. Disebabkan itu, berlakunya kenaikan harga,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum itu. 

Rakyat jangan abaikan peranan bahasa Melayu, titah Sultan Pahang

Saya ingin mengingatkan, bahawa kita tidak perlu menjadi seperti ‘kaduk naik junjung’ terlalu teruja dengan bahasa dan budaya luar sehingga mengabaikan akar bangsa kita sendiri. Dalam usaha membangunkan negeri dan membuka pintu kepada pelancong dari serata dunia, kita tidak harus kehilangan jati diri.