Sunday, August 30, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

1025 Artikel 0 Komen

KJ Hadir Sidang Media Perkembangan Perolehan Vaksin #Covid19

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin ketika hadir pada sidang media Perkembangan Perolehan Vaksin Covid-19 di Pejabat MOSTI, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 23 DISEMBER 2020.

Daily Life – Persediaan Hari Natal

Pengunjung membeli sayur-sayuran pada harga kawalan sebagai persediaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena sambutan Hari Natal di salah sebuah pasaraya di Publika, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 DISEMBER 2020.

Timbalan Menteri KPDNHEP Pantau Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid (kanan) melakukan pemeriksaan Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2020 di Publika, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 DISEMBER 2020.

Polis Kuala Lumpur Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah ‘Fei Long’

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin (kiri) menunjukkan barang rampasan pada sidang media berkenaan Op Jarom menumpaskan sindiket pengedaran dadah 'Fei Long' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 DISEMBER 2020.

Tajuddin Abdul Rahman Lancar Aplikasi PULSE

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Datin Norlia Noah (tiga kiri) mendengar penerangan dari Timbalan Ketua Komunikasi dan Pegawai Pemasaran Prasarana, Rafizah Amran (dua kanan) selepas melancarkan Aplikasi PULSE di Kompleks Rapid Rail, Subang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 17 DISEMBER 2020.

Rina Harun Hadir Rakan Muda ‘Give Back’ Sempena Hari Kesukarelawanan Belia...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun (tengah) menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada penduduk, Josir Rasul pada Program Rakan Muda 'Give Back' Sempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Selangor di Kampung Salak Tinggi, Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 12 DISEMBER 2020.

POSMEN Velo Express KL, Penghantaran Menggunakan Basikal

Petugas Velo Express KL, Syahril memeriksa alamat bagi penghantaran barang kepada pelanggan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pandan Indah, Ampang. foto FAREEZ FADZIL, 23 NOVEMBER 2020.

Daily Life – Bawang

Seorang pekerja mengangkat dan menyusun bawang yang akan dijual kepada orang awam susulan harga bawang dari India meningkat berikutan musim tengkujuh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2020.

Daily Life – Beriadah Dalam Cuaca Mendung

Seorang pengunjung menaiki basikal sambil beriadah berlatarbelakangkan ibu kota Kuala Lumpur ketika cuaca mendung berikutan musim tengkujuh semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2020.

Daily Life – Sanitasi #Covid19

Seorang petugas melakukan kerja-kerja sanitasi di hadapan papan iklan sebuah pusat membeli belah yang memaparkan diskaun barangan sehingga 80% susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 NOVEMBER 2020.