Wednesday, November 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

988 Artikel 0 Komen

Tentera Berpeluh Bantu Serahan Foodbank YaPEIM 2.0

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kelihatan mengesat peluhnya selepas mengangkat barang keperluan pada Serahan Foodbank YaPEIM 2.0 #musaadahcovid19 kepada 400 penghuni Plaza City One di Pejabat YaPEIM, Kampung Attap, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 APRIL 2020

Masjid Al-Umm Jadi Tumpuan Nyahkuman

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama petugas Rescue Bencana Malaysia (RBM) membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam pada hari ke-20 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 06 APRIL 2020

PKP Fasa 2 : Tentera, Polis Perketatkan Kawasan di Plaza City...

Gelagat anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa menjaga keselamatan pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza City One, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 APRIL 2020

Daily Life – PPE Berselerak di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari

Sekumpulan burung kelihatan bersama sisa pepejal ketika tinjauan Malaysia Gazette ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Jeram, Kuala Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 02 APRIL 2020

Zon Merah Ops Covid19, Hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan

Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) membuat sekatan jalan raya dalam Ops Covid-19 di kawasan zon merah pada hari-13 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 MAC 2020

Daily Life – Perintah Kawalan Pergerakan

Seorang kanak-kanak bermain di halaman rumahnya pada hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 MAC 2020

Hospital Putrajaya Terima Sumbangan Peralatan Pelindungan Diri (PPE)

Petugas kesihatan lengkap berpakaian Peralatan Pelindungan Diri (PPE) memperkemas sarung tangannya selepas penyampaian sumbangan untuk para petugas barisan hadapan Hospital Putrajaya bagi menangani wabak Covid-19 di Lobi Hospital Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 MAC 2020

Kerja-Kerja Operasi Pembersihan Disinfeksi Sri Petaling

Petugas Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL semasa Operasi Pembersihan Disinfeksi Kawasan Sri Petaling pada hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL 28 MAC 2020

Menteri Wilayah Tinjau Operasi Pembersihan Disinfeksi Kawasan Sri Petaling

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa (dua kanan) berbual dengan petugas-petugas semasa Operasi Pembersihan Disinfeksi Kawasan Sri Petaling pada hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL 28 MAC 2020

Rakyat Malaysia Mendengar PM Umum Pakej Ransangan Ekonomi

Penduduk, Mohalim Isman (dua kanan) ditemani isteri, Jahenab Maryani (kanan) dan anak, Nurafifi Athirah Mohalim (kiri) serta menantu, Khairul Hazwan Jasni mengikuti pengumuman khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi, Prihatin Rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 MAC 2020