Monday, February 10, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

994 Artikel 0 Komen

Daily Life – Hujan Lebat #BazarRamadhan2019

Gelagat pengunjung menggunakan payung biarpun hujan lebat untuk membeli juadah berbuka puasa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 MEI 2019

Daily Life – Pakar Baiki Barangan Elektronik Terpakai

Pekerja, Golam Mustafa melihat komponen 'motherboard' televisyen menggunakan kanta ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 19 MEI 2019

Pelancaran Institut Koperasi Malaysia (IKM)

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (tiga kanan) diiringi Ketua Pengarah IKM, Ariffin Mamat (empat kanan) beramah mesra bersama penerima-penerima sijil peserta koperasi 'Million Ringgit Coop League' (MiRiCLe) pada Majlis Pelancaran Institut Koperasi Malaysia (IKM) di Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 16 MEI 2019

Tun Daim, Tengku Razaleigh hadir Majlis Berbuka Puasa MPM

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (kiri) diiringi Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Hasan Mad (dua kiri) bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa MPM di Wisma MPM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 MEI 2019

Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara Baharu #PDRM

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim (kanan) memakaikan pangkat kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor (tengah) sambil diiringi Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 MEI 2019

Najib, Zahid, Hishammuddin Hadir Sambutan Ulangtahun UMNO ke 73

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (empat kiri), Mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak (empat kanan) serta kepimpinan tertinggi UMNO memotong pulut kuning pada Majlis Sambutan Ulangtahun UMNO ke 73 dan Majlis Berbuka Puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 MEI 2019

Khalid Samad Bersama Warga Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad (kiri) diiringi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahruddin Md. Salleh (dua kiri) beramah mesra dengan sebahagian ahli keluarga warga kementerian ketika hadir pada Majlis Perhimpunan YB Menteri Wilayah Persekutuan Bersama Warga Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) di Pejabat KWP, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 08 MEI 2019

Demonstrasi Penduduk Ladang Bukit Jalil

Sebahagian penduduk memegang plakad semasa membuat demonstrasi selepas mendapat notis pengusiran di Ladang Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 MEI 2019

Menteri Kesihatan Rasmi 1st World Congress (WCFPS)

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (dua kiri) berbual mesra dengan Pengerusi Penganjur WCFPS, Dr. Tan Maw Pin (dua kanan) pada perasmian 1st World Congress on Fall and Postural Stability (WCFPS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 MEI 2019

Guan Eng, Anwar, Mat Sabu Hadir Persidangan Parti DAP 2019

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (dua kiri) beramah mesra dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kiri), Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu (tiga kanan), Setiausaha Agung PPBM, Datuk Marzuki Yahya (dua kanan) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Lim Kit Siang (kanan) ketika hadir pada Persidangan Parti DAP 2019 di IDCC, Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 MEI 2019