Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Daily Life – Pameran Nasyrul Quran
Seorang pengunjung bersama anaknya melihat keunikan cetakan ayat-ayat Al-Quran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 FEBRUARI 2019
Tan Sri Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-2
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bercakap sesuatu kepada Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (kanan) selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-2 di Hotel Le Meridien, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 FEBRUARI 2019
Guan Eng Serah Replika Cek RM5 Juta Kepada Yayasan Restu
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (dua kiri) diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (dua kanan) mendengar penerangan dari Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latif Mirasa (kiri) ketika hadir pada Majlis Penyerahan Cek Kepada Yayasan Restu Ke Arah Pengurusan Mencetak dan Menyebar Al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 FEBRUARI 2019
Kayuhan Santai Pelancaran Bulan Antidadah Kebangsaan 2019
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman (tengah) bersama Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Datuk Seri Zulkifli Abdullah (kiri) ketika menyertai acara Kayuhan Santai Antidadah Putrajaya pada Majlis Pelancaran Bulan Antidadah Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 22 FEBRUARI 2019
Gobind Singh, Kadir Jasin dan SUHAKAM Bersama Media
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo (tengah) bersalaman dengan Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin (dua kiri) sambil diperhatikan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail (kanan) ketika hadir pada Majlis SUHAKAM Bersama Media di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 FEBRUARI 2019
Tun M Bersama Warga Kementerian Pertahanan,
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) beramah mesra dengan sebahagian warga Kementerian Pertahanan ketika membuat lawatan rasmi di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 FEBRUARI 2019
Tun Mahathir Lawatan Rasmi ke Kementerian Pertahanan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memeriksa perbarisan kawalan kehormat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja ketika membuat lawatan rasmi di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 FEBRUARI 2019
Nyawa dan Rezeki di Jalan TAR, Kuala Lumpur
Beberapa kenderaan menggunakan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan TAR, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 FEBRUARI 2019
Wan Azizah Rasmi Malaysia Urban Forum (MUF) 2019
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad (tiga kanan) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Baharuddin Shah (tiga kiri) serta yang lain bergambar kenangan pada Pelancaran Malaysia Urban Forum (MUF) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 FEBRUARI 2019
Daily Life – Kuala Lumpur #2019
Pekerja membuat kerja-kerja penyelenggaraan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Salak Selatan, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 FEBRUARI 2019