Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Daily Life – Demokrasi FORSEA Kuala Lumpur
Pengunjung melihat karya-karya menarik pada pameran Pesta Demokrasi FORSEA Kuala Lumpur di The Square Publika, Sri Hartamas, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 FEBRUARI 2019
Tun M di Pameran Pesta Demokrasi FORSEA Kuala Lumpur
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (dua kiri) bertanyakan sesuatu ketika melihat pameran sambil diiringi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (tiga kiri) dan Menteri Besar Selangor, Yb Tuan Amirudi Shari (kiri) pada Pesta Demokrasi FORSEA Kuala Lumpur di The Square Publika, Sri Hartamas, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 FEBRUARI 2019
Tun M di Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media sambil diiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 FEBRUARI 2019
Pelancaran Logo Usahawan Baitumal MAIWP
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (dua kanan) diiringi Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Abdul Aziz Jusoh (kanan) melancarkan Logo Usahawan Baitumal MAIWP pada Perhimpunan Bulanan MAIWP di Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 FEBRUARI 2019
Prasarana Rai Anak Yatim dan Penumpang LRT
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain (berdiri, kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Strategi dan Transformasi), Ang Yoke Kee (berdiri, dua kanan) bermesra dengan sebahagian anak yatim dari Rumah Charis dan penumpang sempena sambutan Tahun Baru Cina Prasarana di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 FEBRUARI 2019
Guan Eng Ceria Melihat Replika The Exchange
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Lendlease, Steve McCann (kiri) diberi penerangan dari Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd., Datuk Azmar Talib (kanan) pada Majlis Pelancaran The Exchange, TRX di Hotel The Ritz Carlton, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 FEBRUARI 2019
Pengundi Semenyih Saman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Peguambela, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (kanan) bersama anak guamnya yang merupakan pengundi DUN Semenyih, Puan Sri Sabariah Mohd Shariff (dua kanan) memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 11 FEBRUARI 2019
Pelancaran Karnival Sukan ANSARA Malaysia ke-19
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun (tengah) bersama Presiden ANSARA, Datuk Kamarul Redzuan Muhamed (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima watikah Chef De Mission (CDM) cawangan pada Majlis Pelancaran Karnival Sukan ANSARA Malaysia ke-19 (KSA19) di Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 09 FEBRUARI 2019
Khalid Samad Lancar Kempen ‘Anti Litter – Give Your Litter...
Menteri Wilayah Persekutuan, Yb Khalid Abdul Samad (dua kanan) menyerahkan beg kitar semula kepada sebahagian penunggang motorsikal berkuasa besar pada Kempen 'Anti Litter - Give Your Litter A Lift Home' di Stesen Petronas Solaris Putra, Serdang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 09 FEBRUARI 2019
Reaksi Najib Hadir di Mahkamah Untuk 3 Pertuduhan #2019
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir ke mahkamah sesyen selepas didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 FEBRUARI 2019