Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Aksi Perlawanan Akhir #AFFSuzukiCup2018 – Malaysia 2 – 2 Vietnam
Pemain Malaysia, Adam Nor Azlin diterjah keras pemain Vietnam semasa perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam yang berkesudahan 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 DISEMBER 2018
Sesi Latihan Pasukan Bola Sepak Vietnam – Final #AFFSuzukiCup2018
Ketua jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang Seo ketika menjalani sesi latihan rasmi bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 DISEMBER 2018
Sidang Media Malaysia dan Vietnam – Final Piala AFF Suzuki 2018
Ketua Jurulatih Pasukan Malaysia, Tan Cheng Hoe (dua kanan) diiringi kapten pasukan Malaysia, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (kanan) bersalaman dengan Ketua Jurulatih Pasukan Vietnam, Park Hang Seo (dua kiri) dan turut serta kapten pasukan Vietnam, Nguyen Trong Hoang (kiri) pada sidang media bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 DISEMBER 2018
Sesi Latihan Harimau Malaya Perlawanan Akhir Pertama Piala AFF Suzuki 2018
Pemain-pemain Malaysia ketika menjalani sesi latihan bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 DISEMBER 2018
Daily Life – Penjara Pudu
Pengunjung melihat fotografi visual pada pameran grafiti Penjara Pudu hasil karya Dr. K. Azril Ismail ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Badan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 DISEMBER 2018
Wan Azizah Mempengerusikan Mesyuarat ke-74 BTN
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (tengah) diiringi Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (kiri) ketika hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat ke-74 Majlis Tanah Negara (BTN) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 DISEMBER 2018
Buku Laporan Ketua Audit Tahun 2017 Siri 2
Pengunjung, Wong Lee Kim membaca buku laporan Ketua Audit Tahun 2017 Siri 2 selepas diedarkan pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 DISEMBER 2018
Tun Mahathir di Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur 2018
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (dua kiri) diiringi Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad (tiga kiri) ketika hadir pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018
Aksi Perlawanan Malaysia, Thailand Seri 0-0 – Piala AFF Suzuki
Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) diasak keras pemain Thailand, Mika Chunonsee semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018
Jualan Jersi Harimau Malaya untuk separuh akhir Piala AFF Suzuki
Peniaga mula menjual pakaian kepada penyokong Malaysia bagi menghadapi perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia menentang Thailand ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 NOVEMBER 2018