Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Zahid Hamidi Calon BN P.075 Bagan Datuk
Dari kiri Calon PAS N.54 Hutan Melintang, Mohd Misbahul Munir Masduki, calon Barisan Nasional N.54 Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi, calon Pakatan Harapan N.54 Hutan Melintang, G. Manivannan, calon PAS P.075 Bagan Datuk, Ata Abdul Muniem Hasan Adli, calon Barisan Nasional P.075 Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, calon Pakatan Harapan P.075 Bagan Datuk, Pakhrurrazi Arshad, Calon Barisan Nasional N.53 Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, calon Pakatan Harapan N.53 Rungkup, Hatim Musa dan calon PAS N.53 Rungkup, Mohd Mohkheri Jalil bergambar bersama sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pusat Penamaan Calon P.075 Bagan Datuk, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, Bagan Datuk, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 28 APRIL 2018
PM Rasmi Bangunan Baharu Sekolah Menengah (SM) Kuen Cheng
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) diberi penerangan mengenai replika bangunan baharu SM Kuen Cheng dari Pengerusi Jawatankuasa Penganjur SM Kuen Cheng (tiga kiri) sambil diiringi Pengerusi Lembaga Pengarah SM Kuen Cheng, Tan Sri Lee Shin Cheng (tiga kanan) dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (empat kanan) pada Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Menengah (SM) Kuen Cheng di SM Kuen Cheng, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 23 APRIL 2018
Tiga Beradik Bubarkan KRU Selepas 25 Tahun
Sesi fotografi bersama anggota kumpulan KRU, Norman (tengah), Yusry (kanan) dan Edry Abdul Halim (kiri) pada sidang akhbar mengenai pembubaran kumpulan KRU selepas konsert 'Gergasi' KRU 25 di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 APRIL 2018
myPPP Belum Keluar Barisan Nasional
Presiden Parti Progresif Penduduk (myPPP), Tan Sri M. Kayveas ketika hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Ahli Majlis Tertinggi myPPP di Wisma myPPP, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 APRIL 2018
Manifesto BN Pulau Pinang – Selamatkan Pulau Pinang
Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow (tengah) diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan barisan kepimpinan tertinggi BN Pulau Pinang pada Majlis Pelancaran Manifesto BN Negeri Pulau Pinang di Hotel Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang. foto FAREEZ FADZIL, 15 APRIL 2018
Zahid Hamidi Rasmi Expo Pemuda 2018
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) kelihatan mesra ketika berbual bersama Ketua Pemuda Barisan Nasional, Yb Khairy Jamaluddin (kiri) sambil diiringi Pengerusi Program Expo Pemuda 2018, Senator Khairul Azwan Harun (kanan) pada Majlis Perasmian Expo Pemuda 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 APRIL 2018
Demonstrasi Pengundi Sedar – PRU14
Segelintir peserta memegang sepanduk ketika demonstrasi Pengundi Sedar di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 APRIL 2018
Video – Zahid Hamidi Rasmi Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan...
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) melancarkan aplikasi Smart Quran sambil diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (dua kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (tiga kanan) dan Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha (kiri) pada Majlis Perasmian Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2018 di Kompleks Islam Putrajaya (JAKIM), Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 06 APRIL 2018
Najib Tiba di Putrajaya Bagi Mempengerusikan Mesyuarat Kabinet
Kereta yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada jam 840 pagi di Pejabat Perdana Menteri bagi mempengerusikan mesyuarat menteri-menteri kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 06 APRIL 2018
IPK KL Tumpas Makmal Proses Syabu
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (tengah) bercakap pada sidang akhbar mengenai kejayaan pihak polis IPK KL menumpaskan makmal proses syabu dalam satu serbuan di Brieckfields di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 APRIL 2018