Monday, November 25, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

988 Artikel 0 Komen

PM dan Isteri Hadir Majlis Semarak Aidilfitri PPTD

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bersalaman bersama tetamu jemputan ketika hadir pada Majlis Semarak Aidilfitri Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di MAEPS, Serdang. foto FAREEZ FADZIL, 10 JULAI 2017

SPRM Berkempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH)

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad (tengah) memberi penerangan selepas menyerahkan pelekat anti rasuah sebagai Kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di Lobi Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC), Hospital Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 JULAI 2017

Inspirasi Wanita Cheras

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee (tiga kanan) menunjukkan buku 'Inspirasi Wanita Cheras' selepas menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras di Hotel Times Square, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 JULAI 2017

Hamzah Zainudin Hadir Ramah Mesra Aidilfitri KPDNKK

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin (tengah) bergambar kenangan bersama dekorasi Aidilfitri diiringi Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Henry Sum Agung (dua kiri), Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh (kiri), Pengerusi MyIPO, Datuk Seri Abdul Manan Ismail (dua kanan) dan Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Shamsiah Jamaruddin (kanan) pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPDNKK di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 04 JULAI 2017

KTM Berhad Edar Pek Raya Kepada Penumpang

Pengurus Besar Jabatan Perolehan menampung tugas Presiden KTM Berhad, Hider Mohd Yusoff (tengah) mengedarkan pek sumbangan sempena hari raya kepada penumpang-penumpang KTM Komuter di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 JUN 2017

PM Rasmi Seni Negaraku

Reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) ketika melawat pameran seni visual Gallery Seni Negaraku pada Majlis Perasmian Seni Negaraku di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 JUN 2017

Majlis Pecah Tanah ‘Overhead Motorcycle Bridge’

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) melakukan gimik Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan 'Overhead Motorcycle Bridge' dan Menaiktaraf Sistem Perparitan di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 15 JUN 2017

Majlis Berbuka Puasa SPAD

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah beramah mesra bersama anak-anak yatim Rumah Bakti Al Kausar pada Majlis Berbuka Puasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di MATRADE, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 JUN 2017

KJ – Dialog TN50 Bersama Warga Sukan

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (tengah) munjukkan simbol 5 bersama warga sukan negara sebagai simbolik Dialog TN50 : Warga Sukan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 JUN 2017

Rahman Dahlan Rasmi Malaysia Economic Monitor (MEM)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan (tiga kiri) diiringi Pengarah Negara bagi Asia Tenggara Kumpulan Bank Dunia, Ulrich Zachau (dua kiri), Ketua Perangkaan Jabatan Statistic Malaysia, Mohd Uzir Mahidin (tiga kanan), Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Tan Sri Sulaiman Mahbob (dua kanan) dan Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris Hadad-Zervos (kanan) menunjukkan buku 'Malaysia Economic Monitor' (MEM) sebagai simbolik pelancaran di Sasana Kijang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 JUN 2017