Monday, October 18, 2021
Home Penulis Artikel Oleh Hafiz Sohaimi

Hafiz Sohaimi

135 Artikel 0 Komen

Zuraida Kamaruddin Lawat Program Vaksinasi Sektor Agrikomoditi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin (tiga kiri) bersama timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (dua kiri) melihat petugas kesihatan menyuntik penerima vaksin pada Program Vaksinasi untuk Sektor Agrikomoditi (VACOMS) di Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) Olak Lempit, Banting. Foto HAFIZ SOHAIMI,04 SEPTEMBER 2021.

Rina Harun Lawat Keluarga Mangsa Ragut dan Samun Siti Nur Azizah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun (kanan) menyerahkan bantuan kepada ibu mangsa ragut dan samun Siti Nur Azizah Syafriadi, Roslinawati Ya (dua kanan) di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI,02 SEPTEMBER 2021.

Serah Tugas Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Baharu

Mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (kanan) serah tugas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid sambil diperhatikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhameed Yunus pada majlis serah tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KLPB), Putrajaya. Foto HAFIZ SOHAIMI,01 SEPTEMBER 2021.

Dr Adham Baba Hari Pertama Mula Tugas di Kementerian Sains, Teknologi...

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, , Datuk Seri Dr Adham Baba bersama timbalannya, Datuk Ahmad Amzad Hashim mengimbas kad perakam waktu pada jam 8.30 pagi sebelum memulakan tugas di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Putrajaya. Foto HAFIZ SOHAIMI,01 SEPTEMBER 2021.

Jalur Gemilang #DailyLife

Orang awam berjalan melintasi bendera Malaysia di sekitar Jalan Sultan Ismail ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pusat bandar, Kuala Lumpur . Foto HAFIZ SOHAIMI, 27 OGOS 2021.

Panglima Angkatan Tentera Terima Kotak Makanan Program Bantu-Bantu Malaysia

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (dua kanan) bersama Pengasas The Mines Resort Country Heights Holdings, Tan Sri Lee Kim Yew (dua kiri) melihat barangan keperluan pada Majlis Penyerahan Kotak Makanan Program Bantu-Bantu Malaysia Kepada Kementerian Pertahanan Sempena Inisiatif Gerobok Rezeki Veteran ATM di Palace Of The Golden Horses, Selangor . Foto HAFIZ SOHAIMI, 27 OGOS 2021.a

Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Khas MPT Bersatu

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 21 Ogos 2021.

Aksi Perlawanan UiTM FC vs Perak FC 2 – 0 #LigaSuper

Pemain UITM FC, Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham (kanan) mengasari Pemain Perak FC, Joel Vinicius Silva Dos Anjos pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Bola Sepak Uitm Shah Alam, Selangor. Foto HAFIZ SOHAIMI,07 OGOS 2021.

3 Lagi Ahli Parlimen PH Selesai Beri Keterangan

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) bersama Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah) dan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar (kiri) keluar selepas memberi keterangan mengenai himpunan ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 06 OGOS 2021.

Suasana Hiba Selubungi Pembakaran Empat Mayat Mangsa Covid-19

Suasana di tapak pengurusan mayat bagi masyarakat India pada upacara pembakaran mayat COVID-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan kes positif harian COVID-19 mencatatkan kes tertinggi iaitu 20,579 kes baharu di pusat pembakaran Pertubuhan Perkuburan India Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 05 OGOS 2021.