Monday, June 27, 2022
Home Penulis Artikel Oleh Hafiz Sohaimi

Hafiz Sohaimi

135 Artikel 0 Komen

PKPB – Gerai di Jalan TAR Kembali Dibuka

Peniaga menyusun dan membuat persiapan untuk berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 06 MAC 2021.

PDRM Kemas SJR, Rentas Daerah Kini Dibenarkan #PKPB

Anggota polis menyimpan dan mengemas peralatan sekatan jalan raya berikutan kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah di seluruh negara kecuali Sabah mulai 5 Mac ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Cheras. Foto HAFIZ SOHAIMI, 04 MAC 2021.

Dr Noraini Ahmad Gembira Melihat ‘Frontliners’ Disuntik Vaksin COVID19

Jururawat menyuntik vaksin kepada petugas kesihatan sambil diperhatikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad (kiri) sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Hospital UiTM Sungai Buloh. Foto HAFIZ SOHAIMI, 04 MAC 2021.

Binaan Lebuh Raya SUKE Runtuh Timpa Van Bawa Pekerja

Anggota bomba giat mengangkat bahan binaan lebuhraya SUKE menimpa van yang membawa beberapa pekerja di jalan Lingkaran Tengah II, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 MAC 2021.

Reaksi Jamal Md Yunos Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Yeo Bee...

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bercakap ketika sidang media dan memohon maaf kepada Bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin kerana menfitnah beliau berhubung kes dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) di Mahkamah Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 02 MAC 2021.

Gelagat ‘Murid Tahun Satu’ Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021 #PKP

Murid tahun satu beratur panjang dengan memakai pelitup muka pada hari pertama sesi persekolahan baru ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Chee, Segambut. Foto HAFIZ SOHAIMI, 01 MAC 2021.

Reaksi Dr Zulkifli Al-Bakri Selepas Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad AL-Bakri (kanan) pada sidang media selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Presint 11 Covid-19, Putrajaya, Selangor. Foto HAFIZ SOHAIMI, 26 FEBRUARI 2021.

Cuaca Panas di Kuala Lumpur

Pekerja kontraktor Alam Flora membasuh muka menggunakan air pancut berikutan cuaca panas terik sekitar Dataran Merdeka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 23 FEBRUARI 2021.

JSJ Narkotik Bukit Aman Rampas Pati Pembuatan Heroin, Senjata Api

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Datuk Kamarul Zaman Mamat (dua kanan) menunjukkan hasil rampasan senjata api dan dadah bernilai RM7.8 juta pada sidang media di IPK Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 23 FEBRUARI 2021.

Sekolah Siap Sedia Kelas Alternatif Untuk Calon SPM Bergejala

Petugas sekolah membuat pemeriksaan pada kelas kuarantin dan isolasi bagi calon yang bergejala menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai hari esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 21 FEBRUARI 2021.