Saturday, September 18, 2021
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Hazrol Zainal

Mohd Hazrol Zainal

1253 Artikel 0 Komen

Tudung Aidijuma di Tirai Besi Kajang

Seorang banduan wanita mengendong anaknya pada Program Sehelai Tudung Segunung Harapan Aidijuma di Penjara Wanita Kajang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 13 JUN 2017.

GUNA JARI BACA Al-QURAN – BRAILLE

Seorang warga emas cacat penglihatan, Abu Bakar Abdul Hamid membaca ayat suci Al-Quran tulisan Braille ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Persatuan Orang Buta Malaysia, Brickfields, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 JUN 2017.

Zahid Hamidi Bersahur Dengan Bikers United Club Malaysia (BUCM)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melihat motorsikal berkuasa tinggi jenis Indian 1811 Springfield sambil diiringi Timbalan Pengerusi Bikers United Club Malaysia (BUCM), Azwan Abu Bakar (dua kiri) pada Program Bersahur dan Pelancaran Tabung Insuran Kebajikan Bikers United Club Malaysia (BUCM) di Gobox Concept, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 JUN 2017.

ANAK YATIM GEMBIRA DAPAT BAJU RAYA BARU

Dua orang anak yatim mengemas baju yang dipilihnya untuk dipakai pada Hari Raya semasa Program Jom Beli Baju Rasa Bersama PNS di Pasaraya AEON AU2, Keramat, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 09 JUN 2017.

Buka Puasa LITRAK, SPRINT, KESAS dan SMART Bersama Media

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (LITRAK), Sazally Saidi (dua kanan) bersama Ketua Pengawai Operasi Lebuh Raya SMART, Sharifah Alauya Wan Othman (kanan) melayan sebahagian pengamal media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa LITRAK, SPRINT, KESAS dan SMART bersama Media di Kuala Lumpur Golf And Country Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2017.

Ku Nan Hadir Program Nur Ramadan 2017 Parlimen Cheras

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) menyerahkan sumbangan kepada golongan asnaf yang hadir pada Program Nur Ramadan 2017 Parlimen Cheras di Masjid Jamek Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 01 JUN 2017.

Kacau Bubur Lambuk Bank Rakyat

Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh (kanan) bersama Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid (kiri) mengacau bubur lambuk pada Majlis Pautan Ramadan, Kacau Bubur Lambuk di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 01 JUN 2017.

Ikrar Bebas Rasuah Tabung Haji

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (dua kanan) beramah mesra bersama sebahagian kakitangan Tabung Haji sambil diperhatikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad (tiga kanan) pada Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Tabung Haji di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 30 MEI 2017.

Sindiket Jual Ganja Tumpas

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang (kiri) menunjukkan antara peralatan menghisap dadah yang berjaya dirampas pihak polis pada sidang media berkaitan kes rampasan dadah yang menjalankan kegiatan pengedaran menggunakan laman sosial di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 30 MEI 2017.

Berbuka Puasa MRT bersama Media

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT), Datuk Najmuddin Abdullah (dua kanan) melayan sebahagian pengamal media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa MRT bersama Media di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 MEI 2017.