Monday, December 5, 2022
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Hazrol Zainal

Mohd Hazrol Zainal

1742 Artikel 0 Komen

Upin Ipin Dapat Duit Raya

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (dua kiri) bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim (dua kanan) menyerahkan duit raya kepada Upin Ipin pada sidang media Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 21-23 Julai di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2017.

Ismail Sabri Hadir Majlis Hari Raya Aidilfitri RISDA

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad bergambar kenangan bersama anak-anak yatim dari Rumah Raudatul Al-Faeez dan Rumah Anak Yatim Al-Firdaus pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri RISDA di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2017.

Sultan, Permaisuri dan Rakyat Selangor Bersama di Rumah Terbuka

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bersalaman bersama orang ramai sambil diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya peringkat negeri Selangor di Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JULAI 2017.

Alor Gajah, Simpang Ampat, Yong Peng – Kenderaan Sesak Raya Kedua

Keadaan trafic yang sesak pada jam 8.45 malam di Kilometer 204 dari arah Alor Gajah menghala ke Selatan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Melaka. foto HAZROL ZAINAL, 26 JUN 2017.

Daily Life – Cuti Umum Hari Raya Aidilfitri

Kebanyakan kedai di sekitar Kuala Lumpur lengang dan tutup sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari raya ke dua di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 JUN 2017.

Mat Bangla Serbu Ibu Kota Kuala Lumpur

Kelihatan empat warga asing berswafoto bagi merakam gambar kenangan mereka bagi sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 JUN 2017.

Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dan beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 25 JUN 2017.

Agong, Jemaah Menteri dan Rakyat Solat Sunat Aidilfitri Bersama

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan bersalaman dengan orang ramai rakyat, turut mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas selesai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 JUN 2017.

Para pemimpin negara tunai solat Aidilfitri

Hari raya Aidilfitri disambut serba sederhana hari ini dimulakan dengan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara.

5 Sahabat Sambut Malam Raya Aidilfitri

Empat sekawan membuat abjad RAYA menggunakan bunga api sempena menyambut malam Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 JUN 2017.