Home Penulis Artikel Oleh Mohd Hazrol Zainal

Mohd Hazrol Zainal

1840 Artikel 0 Komen

KJ Rasmi Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Bahagian Puchong 2017

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin (dua kanan) dan Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman (tiga kiri) bersalaman dengan ahli-ahli UMNO ketika hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Bahagian Puchong 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 14 MAC 2017.

SOLAT HAJAT DAN DOA KESELAMATAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA DI KOREA UTARA

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad (tengah) mengimamkan solat sunat Hajat bagi mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara selepas selesai solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2017.

Sidang Media Rampasan dadah Terbesar RM50.5 juta

Pengarah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas oleh pihak polis pada sidang media berkaitan rampasan dadah terbesar bernilai RM50.5 juta di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2017.

KKLW, SPRM Kerjasama Banteras Rasuah

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) bersalaman bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki (kanan) selepas selesai Majlis Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 08 MAC 2017.

Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee

Pengacara Awal Ashaari (kiri) dan Scha Alyahya (kanan) ketika mengacara pada malam Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2017.

Dira Abu Zahar Rangkul Anugerah Telefilem Terbaik

Pelakon Dira Abu Zahar bersama trofi yang dimenanginya yang merupakan antara anugerah utama pada Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2017.

DAILY LIFE – KUALA LUMPUR 2017

Seorang pekerja warga asing menjunjung gula untuk dibwa masuk kedalam bilik simpanan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2017.

Pameran Memperingati Tahun ke3 – Pesawat MH370

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menulis kata-kata harapan mereka terhadap kejadian kehilangan pesawat MH370 sempena Pameran Memperingati Tahun ke 3 kehilangan pesawat MH370 di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2017.

Liow Tiong Lai Hadir Pameran Memperingati Tahun ke 3 MH370

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) melihat lukisan berkenaan kehilangan pesawat MH370 sempena Pameran Memperingati Tahun ke 3 kehilangan pesawat MH370 di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2017.

TPM Lancaran Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) bersama Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (kiri) sambil diperhatikan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abd. Manap (dua kanan) melakukan gimik Pelancaran Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) sempena Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2017.