Home Penulis Artikel Oleh Mohd Hazrol Zainal

Mohd Hazrol Zainal

1827 Artikel 0 Komen

SPRM Reman ‘Datuk Roy’ Siasat Kes Jana Wibawa

Individu yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy' atau nama sebenar Mohd Hussein Mohd Nasir diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 14 MAC 2O23.

Syed Saddiq Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke mahkamah bagi perbicaraan bela diri di atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 14 MAC 2023.

Muhyiddin Hadapi Pertuduhan Ubah Wang Haram di Mahkamah

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di mahkamah bagi menghadapi satu pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2023.

Anwar Santai Dengan Pelajar Universiti Tenaga Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pelajar ketika hadir untuk menjamu selera sebelum menunaikan solat jumaat di Medan Selera UPTEN, Kajang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2023.

Reaksi Muhyiddin Selepas 8 Jam Beri Keterangan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas 8 jam selesai memberi keterangan berhubung projek Jana Wibawa di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2023.

Muhyiddin Beri Keterangan di SPRM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2023.

Penyokong Muhyiddin Berkumpul di Pekarangan SPRM

Para penyokong bersorak bagi tanda menyokong Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2023.

Pengenalan Calon Sempena Pemilihan UMNO 2023-2026

Dua calon yang bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (kanan) dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bergambar pada Majlis Pengenalan Calon Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan sempena Pemilihan UMNO 2023-2026 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2023.

Tun M Kini Ahli Putra

Penasihat Parti Putra, Tun Dr. Mahathir Mohamad memegang kad ahli parti PUTRA yan diterimanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2023.

JPN Rampas Kad Pengenalan Palsu Hasil Tangkapan Warga Asing

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh (tengah) menunjukkan kad pengenalan palsu yang berjaya dirampas hasil tangkapan 29 warga asing pada sidang media di JPN, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 28 FBERUARI 2023.