Mohd Hazrol Zainal
Tambang Percuma MRT Laluan Putrajaya Sehingga 31 Mac
Orang ramai boleh menaiki MRT secara percuma bermula hari ni sehingga 31 Mac selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan MRT Laluan Putrajaya di Stesen MRT Putrajaya Sentral. Foto HAZROL ZAINAL, 16 MAC 2023.
PM Anwar Rasmi MRT Laluan Putrajaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menaiki MRT pada Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya di Depoh MRT Serdang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 16 MAC 2023.
Khaled Nordin Hadir Menandatangani Memorandum Kerjasama Penubuhan Universiti Tsukuba
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersalaman dengan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko (kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) penubuhan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia antara kerajaan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi dan Kementerian Luar Negeri Jepun di Hotel Pullman, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 14 MAC 2023.
SPRM Reman ‘Datuk Roy’ Siasat Kes Jana Wibawa
Individu yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy' atau nama sebenar Mohd Hussein Mohd Nasir diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 14 MAC 2O23.
Syed Saddiq Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah KL
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke mahkamah bagi perbicaraan bela diri di atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 14 MAC 2023.
Muhyiddin Hadapi Pertuduhan Ubah Wang Haram di Mahkamah
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di mahkamah bagi menghadapi satu pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 13 MAC 2023.
Anwar Santai Dengan Pelajar Universiti Tenaga Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pelajar ketika hadir untuk menjamu selera sebelum menunaikan solat jumaat di Medan Selera UPTEN, Kajang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2023.
Reaksi Muhyiddin Selepas 8 Jam Beri Keterangan
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas 8 jam selesai memberi keterangan berhubung projek Jana Wibawa di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2023.
Muhyiddin Beri Keterangan di SPRM
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2023.
Penyokong Muhyiddin Berkumpul di Pekarangan SPRM
Para penyokong bersorak bagi tanda menyokong Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2023.