Friday, July 10, 2020
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Hazrol Zainal

Mohd Hazrol Zainal

860 Artikel 0 Komen

Calon BN Kota Iskandar, Jason Teoh Pandai Ambil Hati Pengundi #PRU14

Calon Barisan Nasional P162 Kota Iskandar, Datuk Jason Teoh Sew Hock (dua kanan) mengatakan sesuatu kepada salah seorang penduduk yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), Ganesan Nagaretnan (kanan) pada Majlis Ceramah Trak Gelombang Biru di Bandar Selesa Jaya, Skudai, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 30 APRIL 2018.

Replika Kapal Layar Gergasi BN Bakal Jadi Tumpuan #PRU14

Seorang jentera Barisan Nasional (BN), Abdul Malik Abdul Rahman bergambar dengan replika kapal layar gergasi menggunakan bendera BN dan Umno ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jeti Sungai Balang Laut, Muar, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 29 APRIL 2018.

Calon Berkempen Pusing Pasar Malam #PRU14

Calon Barisan Nasional P.150 Batu Pahat, Haliza Abdullah (tiga kiri) beramah mesra dengan calon daripada Pakatan Harapan N.23 Penggaram, Gan Peck Cheng (kanan) dan calon PAS N.23 Penggaram, Misran Samian (dua kanan) semasa sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pasar Malam Pesta, Batu Pahat, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 28 APRIL 2018.

Shahrizat Beri Sokongan Calon Wanita DUN Bukit Pasir

Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (tiga kanan) mengatakan sesuatu kepada calon Barisan Nasional, N.08 Bukit Pasir, Datuk Noriah Mahat (empat kiri) sambil diperhatikan sebahagian penduduk pada Program Salam Sayang DUN Bukit Pasir di Pagoh, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 27 APRIL 2018.

Pameran Jerayawara Mobiliti

Seorang pengunjung tidak melepaskan peluang mengambil gambar kereta yang dipamerkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada Program Jerayawara Mobiliti Terhubung di MAEPS, Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 APRIL 2018.

Deco Perodua Bezza GXtra

Fotografi bahagian luaran dan dalaman model kereta terbaru Bezza GXtra pada Program Jerayawara Mobiliti Terhubung di MAEPS, Serdang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 APRIL 2018.

Shahrizat Ziarah Balu Dr Fadi

Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan salah seorang anak Allahyarham Dr Fadi M R Albatsh Fatma, Muhammad Fadi sambil diperhatikan balu Dr Fadi, Enas Albatsh (dua kiri) dan seorang lagi anaknya, Aseel Fadi (kiri) ketika menziarahi mereka di Kondo Idaman Puteri, Setapak, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 APRIL 2018.

Selangor ke Separuh Akhir Piala FA

Pemain pasukan Selangor, Muhd Amirul Ashraf Ariffin (kanan) diasak keras pemain Kuala Lumpur, Mohd Zaquan Adha Abd Razak (kiri) pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 APRIL 2018.

Najib Rasmi MyApprenticeship

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat gerai pameran kerjaya pada Majlis Perasmian MyApprenticeship di Dewan Tun Razak PWTC, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2018.

Pas Negeri Selangor Umum Calon-Calon PRU-14

Calon-calon Parlimen dan Dun bagi seluruh kawasan negeri Selangor yang ditandingi oleh PAS melafazkan bai'ah pada Majlis Pengumuman Calon-calon PAS Negeri Selangor sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 APRIL 2018.