Tuesday, February 25, 2020
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Hazrol Zainal

Mohd Hazrol Zainal

748 Artikel 0 Komen

3 Lagi Pegawai Polis di Reman SPRM

Dua anggota polis berpangkat Ketua Polis Daerah (OCPD) dan seorang berpangkat inspektor dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan perintah reman berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 APRIL 2017.

Tiga Pegawai Polis Antara Enam Reman SPRM

Tiga pegawai polis dan tiga orang awam dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan perintah reman berkaitan kes melindungi rumah urut dan pusat perjudian di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 APRIL 2017.

Selamat Hari Guru – Cikgu

Murid tahun dua, Nur Qaseh Aleesya menunjukkan kad ucapan yang dibuat khas untuk diberi kepada guru kesayangannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2017.

Ahmad Maslan Rai Pemenang di Seminar Etika Media Sosial (E-MAS)

Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan (tengah) bergambar kenangan bersama pemenang Pertandingan Membuat Video Interaktif dan Poster Maya pada Seminar Etika Media Sosial (E-MAS) di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017.

Himpunan Bantah Pusat Penyembelihan Ayam

Antara NGO daripada pelbagai organisasi yang terlibat hadir dalam perhimpunan aman berkaitan rayuan membatalkan lokasi pusat penyembelihan ayam di sekitar kawasan Pasar Harian Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017.

TPM Hadir Perhimpunan Bulanan KDN

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) melakukan gimik pelancaran Kad Kuasa Imigresen sambil diperhatikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed (dua kiri) dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim (kanan) pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Pejabat Kerajaan Kompleks D, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 11 MEI 2017.

Tinjauan Karnival Wow

Seorang kanak-kanak lelaki terpegun ketika melihat lukisan seorang wanita yang memakai tudung bercorak Jalur Gemilang ketika tinjauan Karnival Wow sempena Sambutan Hari UMNO ke-71 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 MEI 2017.

Pelancaran Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang (KVDT)

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi (kiri) melihat cara pemasangan landasan keretapi menggunakan mesin pemasangan Turnout Razak 1 pada Majlis Pelancaran Projek Infrastruktur Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang (KVDT) di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2017.

Ikrar Bebas Rasuah

Menteri Belia dan Sukan, Yb Khairy Jamaluddin bersama sebahagian pemimpin yang hadir melafaz ikrar sambil di saksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki (dua kiri) pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah Pemimpin-Pemimpin Badan Sukan Kebangsaan di Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 18 APRIL 2017.

KJ dan Tiong Lai di Dialog TN50 x ABrandNewU

Menteri Belia dan Sukan, Yb Khairy Jamaluddin bersalaman bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika melancarkan Program Sesi Dialog TN50 x ABrandNewU di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 17 APRIL 2017.