Wednesday, October 28, 2020
Home Penulis Artikel Oleh Iskandar Hamidi

Iskandar Hamidi

23 Artikel 0 Komen

Ketua Polis Daerah Cheras Tinjau Operasi SOP #PKPB di Sekitar Cheras

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika meninjau Operasi Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. foto ISKANDAR HAMIDI, 24 OKTOBER 2020.

Penduduk Taman Bukit Subang Berpusu-pusu Tadah Bekalan Air

Kelihatan penduduk mengambil bekalan air yang disediakan oleh Air Selangor selepas penduduk sekitar mengalami gangguan bekalan air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Spektrum U16/13, Taman Bukit Subang, Shah Alam. foto ISKANDAR HAMIDI, 20 OKTOBER 2020.

Daily Life – Pelitup Hidung dan Mulut #Covid-19

Kelihatan pasangan kekasih berpimpin tangan dan mengenakan pilitup hidung dan mulut sambil berjalan bagi mengelak penularan wabak Covid-19 di Selayang Mall, Selayang Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 20 OKTOBER 2020.

Polis Sentul Rampas Wang Tunai Dari Kes Samun Lebih RM1 Juta

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Saiful Azly Kamaruddin (tengah) bersama Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shamugamoorthy Chinniah (dua kiri) pada sidang media kejayaan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul menumpaskan kes samun dengan rampasan wang tunai RM1.03 juta ringgit, jongkong emas dan barang kemas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI, 19 OKTOBER 2020.

‘Drop and Wash’ Teksi di Sanitasi dan Terima Bantuan

Petugas basmi kuman melakukan semburan di dalam ruang teksi ketika Drop and Wash bersama Yayasan Hasanah dan Big Blue CSR serta penyerahan bantuan makanan kepada 100 pemandu teksi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Flat PKNS, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMIDI, 15 OKTOBER 2020.

Daily Life – Gerai Makan Kosong Sunyi Tanpa Pelanggan

Suasana pasar lengang yang tidak dipenuhi pelanggan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika tinjauan lensa Malysia Gazette di Kompleks Pasar dan Peniaga Seksyen 14, Petaling Jaya. foto ISKANDAR HAMIDI, 14 OKTOBER 2020.

SPR Umum 5 Disember 2020 – PRK P.185 Batu Sapi

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh menunjukan peta kawasan Parlimen P.185 Batu Sapi pada sidang media Urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.185 Batu Sapi di Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Putrajaya. foto ISKANDAR HAMIDI, 13 OKTOBER 2020.

Peminat ‘Hot Wheels’ Sanggup Berhabiskan RM20,000

Raies Firdaus, membersihkan koleksi kereta mainan miliknya bagi mengisi masa lapang di hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Selayang Utama, Batu Caves. foto ISKANDAR HAMIDI, 11 OKTOBER 2020.

Penduduk Mukim Klang Gelisah Akibat #PKPB

Gelagat penduduk semasa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat sekatan jalan raya bagi mengekang penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di laluan Jalan Batu Ujur 10,Panamaran, Klang, Selangor. foto ISKANDAR HAMIDI, 09 OKTOBER 2020.

Datuk Muhammad Azmi, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Yang Baharu

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain (dua kanan) bersama Naib Presiden Perancangan Bandar, Datuk Fadlun Mak Ujud (kanan) melihat replika bandar Putrajaya selepas melapor diri pada hari pertama sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) di Bangunan Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. foto ISKANDAR HAMIDI, 06 OKTOBER 2020.