Norlaile Abd Rahman
Kerajaan masih tanggung subsidi barang asas dan pengangkutan RM3.9b
Bajet 2018 masih memperuntukkan RM3.9 bilion untuk subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.
GST ditambah baik
Kerajaan terus menambah baik pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan tidak mengenakan cukai tersebut ke atas semua pembekalan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuatkuasa 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018 mengikut pilihan PBT tersebut.
Bayaran khas RM1,500 untuk penjawat awam
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pembayaran akan dibuat dua kali iaitu sebanyak RM1,000 pada awal Januari 2018 dan baki RM500 lagi akan dibayar menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan
Cuti bersalin mandatori sektor swasta 90 hari
Kerajaan mencadangkan supaya cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari sama seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.
Kaum India terima 1.5b unit tambaham AS1M
Inisiatif baharu itu terhad kepada 30,000 unit bagi setiap pelabur akan diagihkan menerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
RM6 bilion diperuntuk untuk memperkasa bumiputera
Sejumlah RM6 bilion dalam Bajet 2018 diperuntukkan untuk memperkasabumiputera melalui dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera.
Hampir RM24b peruntukan keselamatan
Lebih RM14 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan hampir RM9 bilion kepada Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta diberikan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018.
Durian runtuh untuk peneroka Felda
Semasa pengumuman Bajet 2018 di Parlimen hari ini, Menteri Kewangan itu mengumumkan durian runtuh melalui enam insentif utama antaranya melibatkan pembayaran Insentif Khas Peneroka bernilai RM5,000.
Pembangkang terdiam
Pembangkang terdiam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rizab antarabangsa negara ketika ini adalah sebanyak RM429 bilion, demikian menurut Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Lian.
Selain PM, ahli Parlimen BN turut berbusana biru
Tatkala beliau melangkah memasuki bangunan Parlimen pada kira-kira jam 3.15 petang, semua mata tertumpu pada Menteri Kewangan 1 yang kelihatan bergaya menyarung baju Melayu berwarna biru.