Monday, August 24, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1892 Artikel 0 Komen

Isu Zakir Naik, Ahli Parlimen Klang Hadir di Bukit Aman

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dilihat sedang membuat panggilan ketika hadir untuk memberi kenyataan mengenai pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 16 SEPTEMBER 2019.

PJ City Tewas 2-3 JDT di Stadium MBPJ

Pemain JDT, Safawi Rasid menahan bola sambil diasak pemain PJ City, Aizulridzwan Razali mengawal bola sambil diasak pemain JDT, Syafiq Ahmad pada perlawanan Piala Malaysia diantara pasukan PJ City menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor. foto AFFAN FAUZI, 13 SEPTEMBER 2019.

LENSA MG | Suasana Ribuan Ahli PAS-UMNO di Himpunan Penyatuan Ummah...

Gambar potret Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjulang keris dibawa masuk pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 SEPTEMBER 2019

LENSA MG #HPU914 | Townhall Anak Muda PAS-UMNO

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi Dusuki bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin bergambar kenangan bersama peserta pada Sesi Townhall Anak Muda di Plaza Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 SEPTEMBER 2019

LENSA MG #HPU914 | Suasana Himpunan Penyatuan Ummah

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) beramah mesra bersama Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad (kiri) pada Wacana Intelektual Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 SEPTEMBER 2019

LENSA MG | Himpunan Penyatuan Ummah #HPU914

Seorang penyokong memakai tanjak pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 SEPTEMBER 2019

Najib, Zahid, Tok Mat, Tuan Ibrahim Solat Jumaat #PAS-UMNO #HPU914

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) selepas selesai menunaikan solat jumaat pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 13 SEPTEMBER 2019

Pentas Anak Muda Himpunan Penyatuan Ummah #HPU914

Gelagat seorang penyokong PAS yang hadir pada Pentas Anak Muda Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 13 SEPTEMBER 2019

Azmin Ali Sertai Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Ulangtahun PPBM

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menadah tangan berdoa bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah), Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua kiri) dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) pada Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Ulangtahun Ketiga Parti Bersatu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. foto IQBAL BASRI, 12 SEPTEMBER 2019

Saifuddin Nasution Serah Chiller Truck kepada Yayasan Food Bank Malaysia dan...

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail diiringi Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz meluangkan masa memeriksa lori pada Majlis Penyerahan Chiller Truck kepada Yayasan Food bank Malaysia dan Pengarah KPDNHEP Negeri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 12 SEPTEMBER 2019