Lensa MalaysiaGazette
Perang Bendera dan Poster Makin Rancak #PRN15
Penduduk kampung menghiasi bendera Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan di sepanjang jalan utama Kampung Baru Hilir bagi memeriahkan lagi kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 09 OGOS 2023.
Calon-Calon PRN15 Tinjau Proses Pengundian Awal
Calon Barisan Nasional (BN) N. 27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra dengan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika meninjau proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri ke -15 (PRN) di Pusat Pengundian Awal Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2023.
PRN 15 | Proses Pengundian Awal #ATM #PDRM
Anggota tentera beratur untuk menunaikan tanggungjawab di hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang Sungai Layar, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 08 OGOS 2023.
Gabungan Bendera Pakatan Harapan – Barisan Nasional #PRN15
Gelagat seorang nelayan memperagakan baju rekaannya yang menggunakan kain bendera Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pengkalan Jeti Nelayan Tanjong Keramat, Kuala Selangor. Foto MUHD NA’IM, 04 OGOS 2023.
Lawatan Rasmi Tiga Hari Sultan Brunei Ke Malaysia
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada upacara penanaman pokok simpor atau nama saintifiknya Dillenia Suffroticosa di pekarangan Istana Negara sempena lawatan rasmi Sultan Brunei ke Malaysia di Kuala Lumpur. Foto PEJABAT PERDANA MENTERI, 03 OGOS 2023.
Gelagat Calon dan Jentera Riuh di Pusat Penamaan Calon #PRN15
(dari kiri) Calon Perikatan Nasional (PN) N.16 Sungai Tua, Hanif Jamaluddin, calon Bebas N.17 Gombak Setia, Mohamed Salim Mohamed Ali, calon Barisan Nasional N.17 Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, calon Pakatan Harapan (PH) N.18 Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli, calon Pakatan Harapan (PH) N.16 Sungai Tua, Datuk Seri Amiruddin Shari, calon Perikatan Nasional (PN) N.18 Hulu Kelang, Datuk Seri Azmin Ali, calon Perikatan Nasional (PN) N.17 Gombak Setia, Hilman Idham dan calon bebas N.16 Sungai Tua, Suman Gopal selepas diumumkan sebagai calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 di Pusat Penamaan Calon di SMK Sungai Pusu, Gombak. Foto FAREEZ FADZIL, 29 JULAI 2023.
Suasana Awal di Hari Penamaan Calon
Calon Barisan Nasional N.27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan ditemani isterinya, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin hadir ke Pusat Penamaan Calon bagi menyerahkan borang pencalonan pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Sekolah Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 29 JULAI 2023.
Persiapan Akhir SPR di Pusat-Pusat Penamaan Calon #PRN15
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan kerja-kerja persiapan akhir sebelum hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) N.40 Kota Anggerik dan N.41 Batu Tiga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2023.
Suasana Hiba Selubungi Pengebumian ‘Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub’
Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengusung jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 24 JULAI 2023.
Reaksi Sanusi Selepas Mengaku Tidak Bersalah Dua Pertuduhan
Reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor selepas mengaku tidak bersalah dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah politiknya di Mahkamah Selayang, Selangor Foto MOHD ADZLAN, 18 JULAI 2023.