Lensa MalaysiaGazette
TERKINI : GEMBIRA!!! Ucapan Pelajar-Pelajar IPT Selepas Selamat Sampai di Kampung...
TERKINI : GEMBIRA!!! Ucapan Pelajar-Pelajar IPT Selepas Selamat Sampai di Kampung Halaman
Pelajar IPTA, IPTS Gembira Naik Bas dan Pulang ke Kampung
Sebahagian pelajar pada pergerakan pulang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPT) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komuniti ke kampung halaman masing-masing susulan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 APRIL 2020
Menara Tinjau Wujud di Pasar Borong KL
Kelihatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat kawalan dari menara susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 23 APRIL 2020
Datuk Dr. Zulkifli Lancar Program Dapur Al-Itam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail (kiri) menyerahkan replika cek kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Yahya (kanan) pada Majlis Pelancaran Program Dapur Al-Itam Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan di Masjid Salahudin Al Ayubi Taman Melati, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 22 APRIL 2020
Anggota ‘TENTERA’ Kepung Habis Jalan Keluar Masuk Pasar Borong KL #PKPD
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat besi bagi mengawal laluan keluar masuk Taman Sri Murni berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Selayang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 APRIL 2020.
Anggota Tentera Pasang Kawat Duri di Sekitar Pasar Borong KL
Anggota Angkatan Malaysia (ATM) melakukan kerja-kerja pemasangan kawat besi bagi mengawal laluan keluar masuk susulan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 20 april 2020
Anggota TLDM Tarik Perhatian Orang Ramai Ketika Menunaikan Solat
Kelihatan seorang Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia menunaikan solat berdekatan sekatan jalan raya di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 APRIL 2020
Giliran Penghuni Kampung Periuk Jalani Saringan Covid19
Sebahagian penduduk dari Kampung Periuk mengisi borang sebelum menjalani saringan Covid-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 APRIL 2020
Suasana Ibu Kota Kuala Lumpur Selepas Jam 10 Malam
Umum mengetahui Malaysia kini dilanda pandemik Covid-19 dan kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara. Kini Perintah Kawalan Pergerakan telah memasuki Fasa ke-3 yang telah berlarutan selama 31 hari. Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke-3 telah menghadkan operasi kedai makan sehingga jam 8 malam dan kenderaan persendirian tidak dibenarkan berada di atas jalanraya pada jam 10 malam jika tiada urusan dan alasan munasabah. Turut kelihatan keadaan jalanraya yang lenggang dan tempat tumpuan orang ramai kosong tidak seperti biasa di Menara Berkembar Kuala Lumpur, Dataran Merdeka,Jalan Alor, Jalan Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. foto AFIQ RAZALI, 17 APRIL 2020