Monday, February 24, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1738 Artikel 0 Komen

Gelagat Penghuni Bilik Yang Dikuarantin di Hotel

Kelihatan penghuni bilik menghabiskan waktu sepanjang hari di dalam bilik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette mengenai warga tempatan yang dikuarantin sementara selepas pulang dari luar negara di Hotel Ibis, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 APRIL 2020

Menteri Hal Ehwal Agama Periksa Suhu Badan Annuar Musa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri memeriksa suhu badan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada Majlis Sumbangan topeng muka, termometer dan pembersih tangan di Jabatan Penguatkuasa DBKL Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 17 APRIL 2020

Pusat Bandaraya Kuala Lumpur Bertukar Wajah #PKP

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membawa pekerja asing menaiki van Kementerian Kesihatan bagi tujuan ujian saringan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 APRIL 2020

Daily Life – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Kelihatan seorang penduduk yang terperangkap dalam sekatan kawalan pada laluan keluar masuk ke arah jalan yang menghubungkan Selangor Mansion, Malayan Mansion dan Jalan Masjid India berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 14 APRIL 2020

SENI Kata-Kata Semangat Petugas KKM ‘War Without Weapon’

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan persiapan pakaian PPE yang bertulis kata-kata semangat sebelum melakukan ujian saringan wabak covid -19 kepada penghuni berikutan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke 28 Fasa 2 di Menara Plaza City One, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 14 APRIL 2020

Gelagat Binatang di Zoo Negara Tanpa Pengunjung

Kelihatan burung botak sawah mendapatkan ikan segar sebagai makanan utama kerana tiada pengunjung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Zoo Negara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 APRIL 2020

Reaksi ‘Barisan Hadapan’ Ketika Dengar Perutusan Khas Perdana Menteri

Jururawat melihat Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 10 APRIL 2020.

Reaksi Rakyat Malaysia Bila Dengar ‘LIVE’ Perutusan Khas Perdana Menteri

Pengurus restoran Steak House, Muhammad Shafie Abdul mengikuti Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 APRIL 2020

Anggota Polis PJ, MBPJ Kerja Keras Tutup Jalan Sekitar Damansara

Anggota Polis dan Anggota Penguatkuasa MBPJ membuat penutupan jalan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan wabak Covid-19 di sekitar Damansara, Selangor foto IQBAL BASRI, 09 APRIL 2020

Wanita Serah Diri di Klinik Kesihatan Tengkera, Melaka

Seorang wanita yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 hadir bagi membuat ujian saringan kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19 di Klinik Kesihatan Tengkera, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 09 APRIL 2020