Monday, August 24, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1892 Artikel 0 Komen

PKP 2.0 – Sektor Peruncitan Mula Beroperasi

Premis pakaian mula menjalankan perniagaan berikutan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan baki keseluruhan perniagaan peruncitan beroperasi semula ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tar, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 FEBRUARI 2021.

Pembeli, Pekerja Butik Pakaian Pakai ‘Glove’ Patuh SOP Ketat MKN #PKP

Pelanggan membeli pakaian memakai sarung tangan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat selepas Majlis Keselamatan Negara bersetuju membenarkan baki keseluruhan perniagaan peruncitan beroperasi semula ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di premis barangan sukan Al-Ikhsan, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 10 FEBRUARI 2021.

Najib Razak, Rosmah Mansor Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir perbicaraan kes 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 10 FEBRUARI 2021

Akad Nikah ‘Ringkas’ Pasangan Pengantin Ketika Musim PKP

Pengantin, Nor Fazlina berdoa tanda syukur selepas selesai lafaz akad nikah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selepas kerajaan membenarkan majlis pernikahan ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 8 FEBRUARI 2021

Annuar Musa Hadir Penyerahan Lesen Perniagaan KL Prihatin

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa (kiri) beramah mesra bersama peniaga kecil pada Majlis Penyerahan Lesen Perniagaan KL Prihatin di Jalan Tengah Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 08 FEBRUARI 2021.

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Hadir Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad AL-Bakri (kiri) menyerahkan tabung Musa’adah Covid-19 kepada Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM, Hashim Salleh (kanan) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-JWM dan Perlepasan Konvoi Program Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir JAKIM-YWM Ke Dungun Terengganu di Dataran Kompleks Islam Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 08 FEBRUARI 2021.

Suasana Lengang ‘Chinatown’ Sebelum Perayaan Tahun Baru Cina

Para peniaga menjalankan perniagaan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Petaling Street, Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 07 FEBRUARI 2021.

Pembeli, Peniaga Pasar Malam Patuhi SOP Ketat MKN #PKP

Orang ramai memenuhi pasar malam selepas kerajaan membenarkan beroperasi semula sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Melati, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 05 FEBRUARI 2021.

PKP 2.0 – Jemaah Syukur Dapat Tunaikan Solat Jumaat di Masjid

Jemaah hadir untuk menunaikan solat Jumaat berikutan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan perluasan kapasiti jemaah untuk solat Jumaat dan solat fardu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuatkuasa hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 05 FEBRUARI 2021.

Suasana Pasaraya Patuh SOP Selepas Diperketatkan #PKP

Anggota RELA meminta orang ramai menjaga penjarakan fizikal susulan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasaraya ST Rosyam Mart, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 05 FEBRUARI 2021.