Sunday, December 22, 2024
Home Penulis Artikel Oleh MalaysiaGazette

MalaysiaGazette

490 Artikel 0 Komen

DAILY LIFE – AYAM SALUT EMAS

Patung ayam yang dihias dengan warna keemasan sempena ketibaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi yang menjadi simbolik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli belah Pavillion, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 22 JANUARI 2017

DAILY LIFE – TANGLUNG AYAM GERGASI

Tanglung ayam gergasi yang digantung menjadi tarikan orang ramai sempena ketibaan Tahun Baru Cina yang akan datang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Membeli belah Pavillion, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 22 JANUARI 2017

KEDAH JULANG PIALA SUMBANGSIH SELEPAS 23 TAHUN

Jurulatih dan pemain pasukan Kedah, meraikan kemenangan mereka dengan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas pasukan mereka berjaya menewaskan pasukan Kedah 5-4 JDT, menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor DT menentang Kedah di Stadium Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 JANUARI 2017

DAILY LIFE – PREPARATION CNY 2017

Seorang peniaga kedai perhiasan membantu pelanggannya memilih barang hiasan sempena kedatangan Tahun Baru Cina pada 28 dan 29 Januari akan datang ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 18 JANUARI 2017

DAILY LIFE – PREPARATION CNY 2017

Dua orang masyarakat cina sedang melakukan ritual keagamaan sempena kedatangan Tahun Baru Cina pada 28 dan 29 Januari akan datang ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 18 JANUARI 2017

ISMAIL SABRI SERAH MOBILEPRENEUR KEPADA USAHAWAN BELIA JOHOR

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri bergambar kenangan bersama sebahagian usahawan belia selepas Majlis Penyerahan Mobilepreneur di Perbadanan Produktiviti Malaysia, Johor Bahru. foto MALAYSIA GAZETTE, 17 JANUARI 2017

Jenazah Allahyarham Adenan Satem Selamat Dikebumikan

Isteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu menyiram air mawar di pusara suaminya sebagai penghormatan terakhir selepas selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Semariang, Sarawak. foto MALAYSIA GAZETTE, 12 JANUARI 2017.

FAIZ SUBRI RANGKUL ANUGERAH PUSKAS FIFA

Penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dari Malaysia melambai tangan selepas merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016 dan mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama menerima anugerah ini di Zurich Switzerland. 10 JANUARI 2017

GELAGAT HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

Gelagat murid tahun 1 Ryan Mikhail Muhammad Fathurrahim (kanan) dan Ahmad Naqib Hazman Mazlan (kiri) tertarik melihat buku cerita yang diberi oleh guru kelas mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette hari pertama persekolahan bagi sesi 2017 di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 03 JANUARI 2017

PELAJAR CEMERLANG PT3

Pengetua Sekolah, Puan Siti Sarimah Shaik Abdul Rahman (dua kiri) beramah mesra dengan sebahagian pelajarnya yang mendapat keputusan cemerlang semua A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 19 DISEMBER 2016