Wan Mohamad Nabil Wan Nasir
Himpunan Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur
Para peserta himpunan berarak sambil memegang plakat dengan kata kata semangat untuk wanita pada Himpunan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di Perkarangan Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 09 MAC 2024.
KPN Sampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2023
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyampaikan anugerah kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid pada Majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2023 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 07 MAC 2024.
Ops Tempat Makan di Cyberjaya
Antara pengunjung yang masih merokok di kedai makan ketika operasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari orang awam yang masih ingkar pada Ops Tempat Makan di sekitar Cyberjaya. Foto WAN NABIL NASIR, 06 MAC 2024.
Reaksi Isa Samad di Mahkamah Putrajaya
Reaksi Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas Mahkamah Rayuan sebulat suara melepas dan membebaskan daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Hotel Merdeka Palace & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak ketika di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 06 MAC 2024.
Anwar Ibrahim Baca Buku Sonny Bill Williams
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima buku daripada lagenda ragbi dunia, Sonny Bill Williams semasa meluangkan masa menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat di Restoran Rebung, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 23 FEBRUARI 2024.
Anwar Merasmikan Pusat Kewangan Antarabangsa TRX
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan TRX sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa sambil diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Menara Exchange 106, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 23 FEBRUARI 2024.
Imigresen gempur penempatan PATI
Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen dalam Operasi Jabatan Imigresen Selangor di sekitar Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
Makan Besar Malam Tahun Baharu Cina #2024
Tee Seng, 77, (tengah) bersama keluarganya menggaul Yee Sang semasa makan besar sempena sambutan Tahun Baharu Cina ketika tinjauaan Malaysia Gazette di kediamannya di Klang, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 09 FEBRUARI 2024.
Reaksi dan Suasana Keputusan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan di Mahkamah
Reaksi pemohon petisyen, Nik Elina Zurin (kanan) ketika keputusan kes mencabar 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 09 FEBRUARI 2024.
Anwar Solat Jumaat di Masjid Jamek
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 02 FEBRUARI 2024.