Wan Mohamad Nabil Wan Nasir
Rakyat Pahang Sambut Kepulangan Al-Sultan Abdullah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diarak dengan diiringi dua ekor gajah bernama 'Alam' (kiri) dan 'Sanum' (kanan) kira-kira 500 Meter melalui Jalan Teluk Sisek ke Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 30 JANUARI 2024.
Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Wira Kastam pada Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42 Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 23 JANUARI 2024.
Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia
Sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya ditahan anggota JIM Putrajaya dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia di Pangsapuri Baiduri, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 20 JANUARI 2024.
PM Lancar Artifical Intelligence Untuk Rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melancarkan Artifical Intelligence (AI) Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 16 JANUARI 2024.
33 NGO bersolidariti pada Himpunan Hari Bertindak Global untuk Gaza
Suasana orang ramai yang hadir pada Himpunan ‘Hari Bertindak Global: Gencatan Senjata Sekarang, Hentikan Perang di Gaza’ yang berlangsung berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 13 JANUARI 2024.
Isteri, Dua Anak Tun Daim Tiba di SPRM
Isteri Tun Daim, Toh Puan Naimah Khalid hadir ke SPRM untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 10 JANUARI 2024.
Pameran di Muzium Tentera Darat #ATM
Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar bersama helikopter tentera yang dipamerkan di Muzium Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Foto WAN NABIL NASIR, 07 JANUARI 2024.
Majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia Fasa Kedua
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing (dua kanan) melawat pameran busana tradisional pada Majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia Fasa Kedua Di Bawah Inisiatif Diplomasi Budaya di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 04 JANUARI 2024.
Perdana Menteri Lancar Pangkalan Data Utama (PADU)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Foto WAN NABIL NASIR, 02 JANUARI 2024.
Operasi Imigresen Gempur PATI di Apartmen Abdullah Hukum
Rarusan pendatang asing tanpa izin berjaya ditahan anggota Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Operasi JIM WPKL 2023 menggempur penempatan PATI di Pangsapuri Abdullah Hukum, Bangsar, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 30 DISEMBER 2023.