Saturday, July 4, 2020
Home Penulis Artikel Oleh Nooreeza Hashim

Nooreeza Hashim

189 Artikel 0 Komen

Reaksi Bekas KP SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull Selepas Sidang Media

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull melambaikan tangan selepas hadir pada sidang media mengenai perletakan jawatannya di Hotel Everly, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 08 JUN 2019.

Daily Life – Taman Rama-Rama

Kelihatan rama-rama hinggap pada tangan pengunjung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Rama-Rama, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 07 JUN 2019.

Daily Life – Raya Aidilfitri Dalam Tangisan #RumahTerbakar #Kg.Baru

Mangsa, Mohd Indra Mulia, 20 dilihat mencari barang-barang yang masih boleh diselamatkan di dalam hujan selepas kebakaran yang melibatkan lima buah rumah berlaku pada jam 7.30 malam semalam di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 06 JUN 2019.

Ketua Pengarah JPJ Tinjau TBS #RayaAidilfitri2019

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid (dua kanan) beramah mesra dengan penumpang bas yang pulang sempena sambutan Aidilfitri ketika mengadakan lawatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 03 JUN 2019

Daily Life – LEMANG POWER! BTP

Suasana semasa proses membakar lemang sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Gerai Lemang Power Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 30 MEI 2019.

Daily Life – Bazaar KL Jalan Raja

Hujan tidak menghalang orang ramai datang untuk membeli persiapan Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazaar KL Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 01 JUN 2019

Intensif Hijau Malaysia

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Yahaya (kiri) diiringi Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia, Syed Ahmad Syed Mustafa (kanan) melawat tapak pameran selepas sidang media Intensif Hijau Malaysia di Green Tech Malaysia, Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 31 MEI 2019.

Kamaruddin Jaafar Beri Sumbangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri

Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaafar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan pada Majlis Sumbangan Sempena Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dataran KAMARA, Kampung Malaysia Raya, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 26 MEI 2019.

Zuraida Kamaruddin Rasmi Kempen Keselamatan dan Ops Raya 2019 #BOMBA

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (tengah) melawat tapak pameran selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan dan Ops Raya 2019 di IOI City Mall, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 25 MEI 2019.

Tengku Permaisuri Norashikin Lancar Starvendors Mega Raya Fest 2019

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan melawat tapak jualan selepas Majlis Pelancaran Starvendors Mega Raya Fest 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.foto NOOREEZA HASHIM, 24 MEI 2019.