Wednesday, March 12, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Reza A Hamid

Reza A Hamid

2603 Artikel 0 Komen

Simpanan KWSP RM82,000 lebur padah tamak pelaburan lumayan

Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seorang wanita berjumlah lebih RM80,000 lebur sekelip mata apabila menjadi mangsa terbaru skim pelaburan tidak wujud dalam talian sejak Julai lalu.

Penunggang motosikal berhenti di lampu isyarat maut dalam kemalangan

Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Penilaian definisi T15 selesai bulan depan

Tangga gaji rakyat berpendapatan tinggi atau T15 dijangka selesai dinilai bulan depan yang berbeza mengikut lokasi dan bukannya satu angka seragam yang terpakai untuk seluruh negara.

KKDW lantik kontraktor baiki rumah menanti rebah minggu depan

Kerajaan akan memulakan kerja-kerja membaiki sebuah rumah pesara tentera yang didiami bersama 10 ahli keluarganya di Kampung Paya Mengkuang 2, Bukit Rambai di sini yang tidak selamat didiami akibat dimakan anai-anai dalam tempoh dua bulan lagi.

Kurang sokongan sosial punca utama wanita elak mamogram

Kurang mendapat sokongan keluarga dan rakan sosial dikesan menjadi faktor terbesar mengapa masih ramai golongan wanita berusia lebih 40 tahun enggan melakukan mamografi iaitu pemeriksaan X-ray sebagai langkah pengesanan awal kanser payudara.

Bingkai simen jatuh kali pertama, tiada laporan kes sama sebelum ini

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian serpihan binaan jatuh dari tingkat tiga bangunan Kompleks Perniagaan Al Azim, Bukit Baru di sini sebelum ini.

Tabib Adam lari, kini diburu selepas tutup pusat rawatan

Pengasas kaedah perubatan Adam Isa atau dikenali Tabib Adam yang diputuskan sesat dan mempunyai unsur khurafat oleh Jawatankuasa Fatwa Melaka dipercayai sudah melarikan diri ke negara asalnya, Singapura.

Budak maut dihempap bingkai simen: MBMB keluar notis periksa struktur bangunan

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengeluarkan notis mengarahkan pemilik bangunan Kompleks Perniagaan Al Azim, Bukit Baru di sini untuk menyemak semula keutuhan strukturnya dalam tempoh 30 hari selepas serahan notis.

Rumah 12 sekeluarga ‘bertemankan’ ajal

Ungkapan rumahku syurgaku mungkin sekadar mimpi buat 12 sekeluarga di Kampung Tengah Bukit Rambai di sini yang hanya menanti rebah kerana strukturnya bumbungnya reput dimakan anai-anai.

Lelaki mengaku salah guna surat palsu bagi penganugerahan Datuk

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi penganugerahan darjah kebesaran negeri Melaka kepada tiga individu, bulan lalu.