Syafiq Ambak
Anggota Polis dan Tentera Berbuka Puasa di Sekatan Jalan Raya
Anggota pasukan barisan hadapan menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama semasa bertugas di sekatan Jalan Raya (SJR) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza Tol Gombak, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 APRIL 2021.
Guan Eng Saman Fitnah Terhadap Raja Petra di Mahkamah KL
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berjalan keluar selepas prosiding taksiran ganti rugi dalam saman fitnahnya terhadap penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 14 APRIL 2021.
Azmin Ali Agih Bubur Lambuk di Masjid Al Ansar
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengagihkan bubur lambuk kepada jemaah yang hadir ketika Program Mengedar Bubur Lambuk di Masjid Al Ansar, Taman Keramat, Hulu Kelang. Foto MOHD ADZLAN, 13 APRIL 2021.
Tajuddin Tinjau Bazar Ramadan Kendalian Prasarana
Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membeli juadah untuk berbuka puasa semasa membuat lawatan bazar Ramadan yang dikendalikan oleh Prasarana di Stesen LRT Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 13 APRIL 2021.
PM Lancar Buku Budi Asas Tamadun dan Pameran Jawi Jiwa Bangsa,...
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim (kiri) menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Buku Budi Asas Tamadun dan Pameran Jawi Jiwa Bangsa, Seni Tonggak Budaya di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 12 APRIL 2021.
Menteri Pengangkutan Hadir Sambutan Ulang Tahun JPJ Ke-75
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (tiga kanan) diiringi Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Zailani Hashim (dua kanan) memasang kamera di topi keledar pada Sambutan Ulang Tahun Jabatan Pengangkutan Jalan Ke-75 Tahun di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 12 APRIL 2021.
Persediaan Awal Jemaah Solat Terawih di Masjid Gombak Utara #Ramadan2021
AJK masjid, Muhd Haziq Heirol Anuar, 18, melakukan sanitasi sebagai persediaan untuk menyambut jemaah solat terawih menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Gombak Utara, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 11 APRIL 2021.
Azmin Ali Serah Sumbangan Prihatin Ihya Ramadhan Parlimen Gombak
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) bergambar bersama wakil-wakil AJK masjid pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan Parlimen Gombak di Masjid Gombak Utara, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 11 APRIL 2021.
Pensyarah Kolej Pemenang Mercedes Benz C200 Cabutan Wow! SSPN-i Plus
Pemenang pertama, Sonita Sudin bergambar bersama kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Wow! SSPN-i Plus Tahunan 2020 di NZ Wheels, Bangsar, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 17 APRIL 2021.
Terowong Pertama ECRL ‘Paka’ Sepanjang 1.1 Kilometer
Kerja-kerja penggalian Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada Perasmian “ECRL 1st Tunnel Construction Breakthough” di Paka, Dungun, Terengganu. Foto SYAFIQ AMBAK, 09 APRIL 2021.