Monday, September 27, 2021
Home Penulis Artikel Oleh Syafiq Ambak

Syafiq Ambak

1052 Artikel 0 Komen

Aksi Perlawanan Selangor FC Ikat Melaka United 1 – 1 #LigaSuper

Pemain Selangor FC, Mohamad Ashmawi Md Yakin (kanan) mengasak pemain Melaka United FC, Sony Norde (kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 28 OGOS 2021.

Konvoi Anak Muda Kibar Jalur Gemilang #MERDEKA

Pemuda Flat Sri Melaka berkonvoi motosikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Flat Sri Melaka Cheras, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 28 OGOS 2021.

Suasana Hari Pertama ‘Walk-In’ di PPV Galaxy Mall

Orang ramai hadir bagi menerima suntikan vaksin secara datang terus yang bermula hari ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Galaxy Mall, Ampang. Foto SYAFIQ AMBAK, 26 OGOS 2021.

Pasukan Gerakan Am Rampas Kontena Rokok dan Arak Seludup #OpKontraban

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim (tengah) bersama pegawainya menunjuk barang yang dirampas selepas berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran rokok dan arak tidak bercukai semasa serbuan di Shah Alam dan Klang semalam dengan nilai rampasan berjumlah RM23,772,022.97 di Kem Batalion 4 PGA, Semenyih, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 25 OGOS 2021.

Pancaran Cahaya Jalur Gemilang Warnai Putrajaya #MERDEKA64

Pancaran cahaya lampu kombinasi warna biru, kuning, merah dan putih yang membawa simbolik Jalur Gemilang menerangi Jambatan Seri Wawasan menceriakan malam menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke 64 tahun ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 OGOS 2021.

Laman Santai MERDEKA Hiasi Putrajaya

Pengerusi Rukun Tetangga Blok A1 Fasa 7 Presint 9 Putrajaya, Noraida Din membelanjakan RM600 untuk memasang lebih 500 bendera pelbagai saiz termasuk menghias dua set kerusi taman untuk dijadikan mini gazebo yang dinamakan Laman Santai Merdeka bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Presint 9, Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 23 OGOS 2021.

Ismail Sabri Hadiri Perjumpaan Tertutup Bersama Ahli-Ahli Parlimen

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba selepas dipercayai menghadiri pertemuan tertutup di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 20 OGOS 2021.

Suasana Hari Pertama Dine-In Dalam Tempoh Fasa 1 PPN

Suasana suram di sebuah kedai makan berikutan orang ramai masih mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan Covid-19 biarpun kerajaan membenarkan aktiviti dine-in di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mereka yang telah menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19 ketika Tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 20 OGOS 2021.

Pengasas Rumah Bonda Didakwa di Mahkamah KL

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hadir bersama peguambela bagi menghadapi pertuduhan kes penderaan kanak-kanak Sindrom Down yang dikenali Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 20 OGOS 2021.

Giliran Ismail Sabri Yaakob Menghadap YDP Agong

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambai semasa menaiki bas menuju ke Istana Negara bagi mengesahkan SD sokongan kepada calon Perdana Menteri baharu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 OGOS 2021.