Amirul Shaufiq Zulkifli
Suami Isteri Direman 7 Hari Kes Letupan Bungkusan
Pasangan suami isteri diiring anggota polis berjalan keluar dari mahkamah selepas direman 7 hari disyaki terlibat kes letupan bom buatan sendiri yang mengakibatkan kematian seorang pelayan kedai Pandan Indah di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 04 JANUARI 2023.
Pelepasan ‘Solo Ride’ Jelajah 106 Negara
Rakan pengembara melakukan gimik flag off kepada penunggang motosikal solo, Katiravan Subarayan (tengah) sempena pelepasan Kembara Solo ke 106 Negara membawa mesej menyelamatkan bumi akibat kepanasan global di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 02 JANUARI 2023.
Hari Keempat – Misi Mencari 9 Baki Mangsa #TanahRuntuh
Unit Anjing Pengesan (K-9) JBPM dirawat dan direhatkan selepas selesai hari keempat misi mencari dan menyelamat baki mangsa iaitu sembilan orang di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 DISEMBER 2022.
Unit Anjing Pengesan (K-9) Grouse dan Denti
Unit Anjing Pengesan (K-9) JBPM bernama Denti (kanan) ketika misi mencari dan menyelamat baki mangsa iaitu sembilan orang pada hari ketiga di lokasi kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Batang Kali, Selangor.
Suasana Hari Kedua Tragedi Tanah Runtuh di Batang Kali
Anggota bomba membawa anjing pengesan bagi menyambung misi pada hari kedua mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 17 DISEMBER 2022.
Mayat Mangsa Tanah Runtuh di Jabatan Forensik HSB
Petugas Forensik membawa keluar mayat mangsa dari trak polis korban kejadian tanah runtuh di Batang Kali ke Jabatan Forensik di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 16 DISEMBER 2022.
Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh Jadi Tumpuan #TanahRuntuh
Kenderaan trak polis dipercayai membawa mayat mangsa korban kejadian tanah runtuh di Batang Kali ke Jabatan Forensik di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 16 DISEMBER 2022.
Memorandum “Selamat, Bebaskan Ayah Kami”
Sebahagian ahli keluarga yang memengang plakad semasa hadir bagi menyerahkan memorandum kepada wakil Kementerian Luar Negeri dalam membantu rakyat Malaysia yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Bangladesh di Wisma Putra, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 08 DISEMBER 2022.
Saifuddin Nasution Ismail Hari Pertama Mula Tugas di KDN
Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengimbas kad perakam waktu sebelum memulakan tugas di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 06 DISEMBER 2022.
Mat Sabu Hari Pertama di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu ketika mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas rasmi pada hari pertama di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 05 DISEMBER 2022.