Amirul Shaufiq Zulkifli
Tian Chua Lancar Kerusi Rakyat #PRU15
Calon Bebas P.115 Batu, Tian Chua ketika melancarkan gimik pelancaran Karya Seni Kerusi Rakyat sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sky Awani Residence Sentul, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 14 NOVEMBER 2022.
Nasib Penduduk Kampung Budiman “Rumah Dinaiki Air”
Penduduk melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan rumah yang dimasuki air berikutan kejadian banjir kilat yang melanda ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Budiman Klang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 11 NOVEMBER 2022.
Orang Awam Guna Bas Perantara Rapid KL
Orang awam menaiki bas RapidKL susulan gangguan perkhidmatan tren LRT laluan Kelana Jaya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stesen Bas Pasar Seni, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 10 NOVEMBER 2022.
Kempen Undi Calon BN Titiwangsa, Johari Abdul Ghani #PRU15
Penyokong yang memakai jaket Barisan Nasional dengan berkempen calon BN P.119 Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Blok E Desa Pandan, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 09 NOVEMBER 2022.
LRT Tergendala – Kenderaan di Lebuhraya Bertambah
Kenderaan mula bertambah dan sesak di Lebuhraya Persekutuan susulan gangguan perkhidmatan tren LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang Park ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 09 NOVEMBER 2022.
Annuar Musa dan Noh Omar Bantu KJ Berkempen #PRU15
Calon Barisan Nasional (BN) P.107 Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin (tengah) bersama Penyandang Kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (kiri) dan Pengerusi BN Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar (kanan) ketika bergambar semasa walkabout sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Central Mart Sungai Buloh, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 08 NOVEMBER 2022.
Johari Ghani Turun Padang Lawat Mangsa Kebakaran di Kampung Baru
Calon Barisan Nasional P.119 Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani melawat mangsa-mangsa dan melihat keadaan kebakaran di Lorong Daud Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 06 NOVEMBER 2022.
Manifesto 10 Tawaran Harapan ‘Kita Boleh’
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melancarkan 10 keutamaan Tawaran Harapan ‘Kita Boleh’ bersama barisan kepimpinan PH di Hotel Wyndham Acmar Klang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 02 NOVEMBER 2022.
Zahidi Zainul Santai Bersama Komuniti ‘Buskers KL’
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyarungkan jaket kepada Presiden Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia, Muhammad Aizad Azman ketika sesi santai bersama komuniti 'buskers Kuala Lumpur' di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 31 OKTOBER 2022.
Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Penulis Cilik
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin beramah mesra bersama murid yang menerima sijil perakuan karya cerpen pada Majlis Pelancaran Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 29 OKTOBER 2022.