Amirul Shaufiq Zulkifli
Aliran Trafik Sesak Dari Pantai Timur ke Plaza Tol Gombak
Keadaan trafik sesak menghala ke Kuala Lumpur berikutan orang ramai mula pulang balik ke bandaraya selepas cuti Deepavali semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Plaza Tol Gombak. Foto AMIRUL SHAUFIQ 07 NOVEMBER 2021
Op Jihad Dadah Serbu Sarang Penagih #PDRM
Anggota polis menahan seorang ketika serbuan OP Jihad Dadah yang di jalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ 5 NOVEMBER 2021
Lagak dan Gaya Pertunjukan ‘MARA In Fashion’
Model memperagakan pakaian sempena pertunjukan fesyen 'MARA In Fashion' dengan SOP yang ketat pada fasa 4 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 31 OKTOBER 2021
Najib Ramah Mesra Dengan Penduduk Kampung Nelayan Tanjung Kling
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tinjauan di jeti Nelayan bersama penduduk setempat ketika membuat lawatan di sekitar Kampung Nelayan Tanjung Kling, Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 29 OKTOBER 2021.
Aksi Perlawanan PJ City Tewaskan Kelantan 3 – 1 #PialaMalaysia
Pemain Petaling Jaya City, Darren Yee Deng meraikan gol jaringan pada perlawanan TM Piala Malaysia 2021 peringkat kumpulan D antara PJ City menentang Kelantan FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 29 OKTOBER 2021.
Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Serah Memorandum Kepada Kementerian Pendidikan
Presiden Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia, Hamzah Omar (kanan) menyerahkan memorandum kepada wakil pegawai Kementerian Pendidikan mengenai bantahan isu sambungan pelanggaran tender automatik setahun oleh sesetengan sekolah di Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 28 OKTOBER 2021.
Yong Lei Choo Bersara Wajib Selepas 35 Tahun Berkhidmat
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo memberikan tabik hormat kepada Kontinjen Polis sempena hari persaraan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 26 OKTOBER 2021.
Tuan Ibrahim Rasmi Bangunan PAS Selangor
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man merasmikan bangunan PAS Selangor di Persiaran Akuatik Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 24 OKTOBER 2021
Aktiviti Nelayan Ketika Musim Hujan #DailyLife
Keadaan bot nelayan di pengkalan jeti yang tidak dapat keluar ke laut berikutan keadaan cuaca hujan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jeti Kampung Nelayan Teluk Gong Klang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 24 OKTOBER 2021
Operasi JPJ Periksa Penumpang Bas dan Kenderaan di Plaza Tol Duta...
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Tuan Aedy Fadly Ramli memeriksa sijil vaksininasi MySejahtera penumpang bas ketika JPJ mengadakan Ops Sepadu di Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 22 OKTOBER 2021